Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475580
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorLoh Jui Le (P52286)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:08Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:08Z-
dc.date.issued2013-02-28-
dc.identifier.otherukmvital:75477-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475580-
dc.descriptionTesis ini memerihalkan penurunskalaan iklim rantauan bagi Malaysia bagi menyediakan maklumat asas saintifik perubahan iklim pada skala rantauan dan tempatan. Menggunakan model iklim rantauan (RCM) sebagai suatu alat, simulasi daripada model peredaran am (GCM) yang beresolusi kasar boleh diturunskalakan kepada produk yang beresolusi tinggi yang boleh memperihalkan topografi dan ciri-ciri tempatan. GCM yang digunakan dalam kajian ini adalah HadAM3P dan HadCM3, yang dibagunkan oleh Hadley Centre, United Kingdom Meteorological Office (UKMO). Untuk ujuran iklim purata dan iklim ekstrim, senario emisi berdasarkan Special Report on Emissions Scenarios (SRES) A1B, A2 dan B2 Panel Antarakerajaan Perubahan Iklim (IPCC) digunakan. Providing Regional Climates for Impacts Studies (PRECIS), iaitu RCM yang dibangunkan oleh Hadley Centre, digunakan untuk menurunkanskalakan suhu dan kerpasan bagi rantau Malaysia. Dataset cerapan bergrid Climatic Research Unit (CRU), University of East Anglia dan juga data cerapan stesen yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) digunakan untuk pengesahan model. Penurunskalaan output model disahkan bagi tempoh garisdasar daripada tahun 1966 hingga tahun 1999 manakala tempoh unjuran adalah daripada 2070-2099. Beberapa pembolehubah iklim diambilkira termasuklah purata suhu dan kerpasan, suhu harian maksimum dan minimum, dan kerpasan harian. Kitaran tahunan yang dikira daripada output kedua-dua GCMs yang diskalaturunkan adalah baik berbanding dengan kitaran tahunan cerapan bagi kedua-dua suhu purata dan kerpasan purata. Walau bagaimanapun, ralat bererti adalah wujud terutamanya di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak. Keupayaan HadAM3P dan HadCM3 mensimulasi hujan monsun timur laut adalah juga berbeza. Simulasi suhu purata adalah sangat berbeza dengan suhu harian maksimum dan minimum yang mempunyai ralat yang besar. Begitu juga, bagi kerpasan ekstrim, model menunjukkan ralat yang besar. Suhu purata di seluruh Malaysia diunjurkan meningkat dengan julat 1 °C hingga 5 °C, manakala kerpasan di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia dan timur Pulau Borneo pula dijangka menurun pada bulan Disember hingga Mei. Kejadian malam panas diunjurkan lebih kerap berlaku di semua stesen manakala kejadian peristiwa malam sejuk mungkin akan berkurangan. Peningkatan bererti bagi hujan ekstrim dan masa kering juga diunjurkan. Analisis ini menunjukkan bahawa kejadian tempoh rentetan kering diunjurkan meningkat di Malaysia manakala kejadian tempoh rentetan lembap pula diunjurkan berkurangan sedikit. Secara keseluruhannya, kajian ini menambahkan pengetahuan baru kepada maklumat perubahan iklim rantauan berbanding dengan apa yang diketahui daripada GCM.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUnjuran perubahan purata suhu-
dc.subjectPerubahan purata suhu-
dc.subjectPerubahan kerpasan-
dc.subjectPeristiwa ekstrim iklim/cuaca-
dc.subjectMalaysia-
dc.subjectPenurunskalaan iklim rantauan-
dc.subjectClimatic changes--Malaysia-
dc.titleUnjuran perubahan purata suhu dan kerpasan serta peristiwa ekstrim iklim/cuaca di Malaysia melalui penurunskalaan iklim rantauan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages154-
dc.identifier.callnoGBQC903.2.M4 .L634 2013-
dc.identifier.barcode001026-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.