Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475572
Title: Kepimpinan transformasi pengetua dan kualiti pengurusan sekolah menengah di Negeri Sembilan
Authors: Abdullah Wafi Ariffin (P56571)
Supervisor: Jamalul Lail B Abd Wahab
Keywords: Pengurusan sekolah menengah
Kepimpinan transformasi pengetua
Negeri Sembilan
School principals--Malaysia--Negeri Sembilan
Issue Date: 20-Sep-2013
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan tahap pengurusan sekolah dari aspek pengurusan kurikulum, ko-kurikulum dan sukan serta hal ehwal murid di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kepimpinan transformasi dan kualiti pengurusan sekolah di Negeri Sembilan. Alat Ukur kepimpinan transformasi pengetua diubahsuai dari skala Multifactor Leadership Questionnaire adaptasi dari Model kepimpinan transformasi Slocum dan Hellriegel pada tahun 2007 manakala bagi mengukur kualiti pengurusan sekolah pula diubahsuai dari standard 3, Standard kualiti Pendidikan Malaysia 2010. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan 308 orang sampel dari empat jenis sekolah menengah yang berbeza di Negeri Sembilan. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 19.0. Dua jenis statistik telah digunakan untuk menjawab objektif dan hipotesis dalam kajian ini. Statistik deskriptif (kekerapan dan peratusan) digunakan untuk menerangkan profil responden kajian secara terperinci. Manakala statistik inferensi seperti ujian MANOVA, Kruskal Wallis dan ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat perbezaan pembolehubah dan hubungan pembolehubah dalam kajian. Kajian ini mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan adalah 4.01. Bagi tahap kualiti pengurusan sekolah menengah di Negeri Sembilan dalam ketiga-tiga aspek pengurusan juga berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.18. Akhir sekali, hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara terhadap keempat-empat amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan kualiti pengurusan sekolah dari persepsi guru dengan kekuatan hubungan yang sederhana. Kajian ini diharapkan dapat memberi alternatif kepada pengetua dalam memilih gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan guru-guru di sekolah. Kajian ini juga diharap dapat membantu pihak-pihak berkepentingan untuk merancang dan melakukan penambaikan bagi terus membantu kecemerlangan kualiti pengurusan sekolah.,Master
Pages: 182
Call Number: LB2831.926.M4 A234 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.