Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475571
Title: | Kesan anti proliferasi y-tokotrieonel pada sel HEPG2 melalui pengekspresan gen |
Authors: | Fazlyn Reeny Abdul Razak (P47780) |
Supervisor: | Wan Zurinah Wan Ngah, Profesor Dato’ Dr. |
Keywords: | Kesan anti proliferasi Anti proliferasi y-tokotrieonel Sel HEPG2 HEPG2 Pengekspresan gen Biochemistry |
Issue Date: | 22-Jul-2013 |
Description: | Tokotrienol terutamanya γ-tokotrienol (GTT) daripada minyak kelapa sawit mempunyai kesan yang lebih signifikan sebagai antikanser berbanding tokoferol. GTT kini dianggap sebagai ejen antikanser yang berpotensi disebabkan kesan yang efektif terhadap pelbagai kanser. Namun mekanisme tindakan yang khusus masih tidak jelas. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan GTT pada sel selanjar HepG2 melalui pengekspresan gen global. Sel dirawat dengan media kultur yang mengandungi GTT (0-160 μM) selama 48 jam dan 72 jam, TNF-α (0-1000 ngmL-1) dan NF-κB (0-100 ngmL-1) selama 48 jam. Viabiliti sel ditentukan dengan menggunakan asai viabiliti sel (MTS). RNA diektrak daripada sel dirawat dengan GTT dan dianalisis menggunakan Nanodrop dan Bioanalyzer. Proses melabel, menghibrid, membasuh dan mengimbas bagi analisis mikroatur menggunakan Gene chip Human Gene 1.0 Array Kit dan Gene chip Hybridization Wash and Stain Kit dilakukan. Perisian GeneSpring GX 10 dan Pathway Studio 6.0 digunakan bagi menganalisis data mikroatur. Keputusan eksperimen mikroatur disahkan dengan lebih lanjut melalui analisis kuantitatif PCR masa nyata (RT-qPCR) serta analisis pemedapan Western. Asai viabiliti sel menunjukkan viabiliti sel HepG2 dan sel WRL68 menurun secara signifikan (p<0.01) apabila kepekatan GTT meningkat dan kesan pada nilai IC50 tidak bergantung pada tempoh masa eraman. Nilai IC50 untuk GTT bagi sel HepG2 adalah 110 ± 0.91 μM dan 130 ± 3.98 μM bagi sel WRL68. GTT tidak menunjukkan kesan penurunan yang signifikan (p<0.01) melalui TNF-α dan NF-κB dalam kedua-dua sel. Analisis statistik bagi data mikroatur menunjukkan perubahan 393 gen (p<0.01, FC≥1.3) dengan rawatan GTT dalam sel HepG2 manakala hanya 8 gen berubah (p<0.01, FC≥1.3) dalam sel WRL68. Analisis ontologi gen menunjukkan GTT mengaruh perbezaan ekspresi pada kumpulan gen yang berperanan dalam pengawalaturan kitar sel (CCNB1, CCNA2, CDC2, BUB1B, MAD2L1, CDC25A, CDC45L), replikasi DNA (MCM10, RRM2, DNA2), pembaikan DNA (RAD51AP1, CLSPN, RAD54L), proliferasi sel (PTGS2, DKC1, MKI67), apoptosis (BOK, BAX, BCL-2, BIRC5, HMGB1, BCL2L14, SLC25A6), modifikasi kromatin (RNF168, SETD8, E2H2) dan pengawalaturan transkripsi (TCEA3, OLIG1, SIM2). Selain itu, kebanyakan gen yang berkaitan dengan progresi kanser menurun dengan rawatan GTT. GTT tidak menunjukkan perubahan yang signifikan dalam sel WRL68. Hasil RT-qPCR dan pemedapan Western menunjukkan keputusan yang selari dengan analisis data mikroatur. Kesimpulannya, GTT bertindak sebagai agen antikanser dengan menindas proses kitaran sel, replikasi DNA, proliferasi sel, modifikasi kromatin, pembaikan DNA dan pengawalaturan transkripsi serta meningkatkan apoptosis dalam sel HepG2.,Master/Sarjana |
Pages: | 131 |
Call Number: | tesis QU20 .F287k 2013 9HUKM |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.