Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475568
Title: Kaitan status pemakanan, aktiviti fizikal dan status ferum dengan fungsi kognitif dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang berumur 7 hingga 11 tahun di Malaysia
Authors: Ng Boon Koon (P54663)
Supervisor: Poh Bee Koon, Profesor Dr.
Keywords: Status pemakanan
Aktiviti fizikal
Status ferum
Fungsi kognitif
Kanak-kanak
Sekolah rendah
7 hingga 11 tahun
Malaysia
Physical activity--children--Malaysia
Issue Date: 1-May-2013
Description: Kajian keratan rentas ini bertujuan untuk menentukan kaitan antara status pemakanan, status ferum dan tahap aktiviti fizikal dengan fungsi kognitif di kalangan kanak-kanak sekolah rendah Malaysia yang berumur 7 hingga 11 tahun. Seramai 1690 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 829 orang kanak-kanak lelaki dan 861 orang kanak-kanak perempuan terpilih menjadi subjek kajian ini dengan menggunakan kaedah persampelan stratifikasi rawak. Pengukuran antropometri termasuk berat badan dan ketinggian serta peratus jisim lemak tubuh telah dilakukan. Keupayaan kognitif diukur melalui Intelligence quotient (IQ) yang dinilai dengan menggunakan Raven’s Colored Progressive Matrices (CPM). Pencapaian akademik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains direkod daripada keputusan peperiksaan terkini. Aktiviti fizikal dinilai melalui borang soal-selidik aktiviti fizikal yang telah divalidasikan. Analisis hemoglobin dan feritin melibatkan sekumpulan subsampel yang terdiri daripada 493 orang subjek, iaitu 247 lelaki and 246 perempuan. Subjek terdiri daripada 48.9% Melayu, 26.0% Cina, 7.2% India serta 17.9% bumiputera Sabah dan Sarawak dari kawasan bandar dan luar bandar Malaysia. Min berat, ketinggian, Indeks Jisim Tubuh dan peratus lemak tubuh masing-masing ialah 32.7 ± 11.7 kg, 133.8 ± 10.4 cm, 17.8 ± 4.3 kg/m2 dan 26.3 ± 9.2% manakala min IQ dan keputusan peperiksaan pula masing-masing ialah 100.6 ± 16.7 dan 66.3 ± 18.1%. Min skor aktiviti fizikal masing-masing ialah 2.51 ± 0.61 manakala min aras serum feritin dan hemoglobin masing-masing ialah 49.8 ± 33.7 μg/L dan 132.1 ± 9.7 μmol/L. IQ subjek berbeza secara signifikan di antara jantina, etnik, lokasi kajian dan aliran sekolah. IQ subjek juga berbeza secara signifikan di antara kumpulan skor-z IJT-untuk-umur (BAZ) dan tahap aktiviti fizikal. Purata markah peperiksaan pula berbeza secara signifikan di antara kumpulan anemik dan bukan anemik. Hasil ujian regresi linear berganda menunjukkan bahawa faktor-faktor penyumbang signifikan bagi IQ subjek ialah umur (β = 0.06, p<0.05), pendapatan bulanan keluarga (β = 0.08, p<0.05), jantina (β = 0.10, p<0.001), etnik (β = 0.13, p<0.001), lokasi kajian (β = 0.09, p<0.01) dan tahap pendidikan ibu (β = 0.07, p<0.05) dan bapa (β = 0.08, p<0.05), skor aktiviti fizikal (β = -0.07, p<0.05) serta kumpulan BAZ (β = 0.08, p<0.01) manakala faktor-faktor penyumbang bagi pencapaian purata markah peperiksaan subjek pula terdiri daripada umur (β = -0.30, p<0.001), pendapatan bulanan keluarga (β = 0.13, p<0.01), bilangan anak (β = -0.01, p<0.01), jantina (β = -0.14, p<0.001), etnik (β = 0.09, p<0.01), lokasi kajian (β = 0.14, p<0.001), tahap pendidikan ibu (β = 0.10, p<0.05) dan IQ (β = 0.28, p<0.001). Tiada korelasi yang signifikan antara aras serum feritin dan hemoglobin dengan IQ dan purata markah peperiksaan setelah diselaraskan dengan faktor sosiodemografi. Kajian ini menunjukkan hubungan positif antara IQ dengan pencapaian akademik kanak-kanak serta hubungan negatif antara berlebihan berat badan dan obesiti serta skor aktiviti fizikal dengan IQ mereka. Oleh itu, strategi intervensi yang sesuai diperlukan untuk memperbaiki status pemakanan dan perkembangan kognitif kanak-kanak demi kesejahteraan mereka.,Master/Sarjana
Pages: 164
Call Number: QT255 .N576k 2013 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.