Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475566
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbrahim Jantan, Profesor Dr.-
dc.contributor.authorSiti Zaleha Halim (P52712)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:01Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:01Z-
dc.date.issued2013-10-10-
dc.identifier.otherukmvital:75183-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475566-
dc.descriptionCarica papaya dan Ocimum basilicum digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di seluruh dunia tetapi maklumat berkaitan ketoksikan bagi kedua tumbuhan ini agak kurang terutamanya dari segi data keselamatan. Tujuan kajian ini adalah bagi menilai kajian ketoksikan akut, subakut dan subkronik ke atas ekstrak akueus daun C. papaya dan O. basilicum pada tikus Sprague Dawley. Pada kajian ketoksikan akut, tikus-tikus telah diberi dos tunggal ekstrak C. papaya dan O. basilicum secara oral masing-masing pada 2 dan 5 g/kg berat badan (bb), manakala tikus kawalan menerima air sahaja. Pada kajian subakut dan subkronik pula dos berulang diberi secara oral kepada tikus masing-masing selama 28 hari dan 13 minggu. Setiap kumpulan rawatan menerima ekstrak C. papaya pada 0.01, 0.14 dan 2 g/kg bb dan ekstrak O. basilicum pada 0.05, 0.5 dan 5 g/kg bb, manakala tikus kumpulan kawalan menerima air sahaja. Parameter-parameter yang telah diukur termasuk pemerhatian klinikal, mortaliti, pengambilan makanan dan air minuman. Tikus-tikus kemudiannya dikorbankan dan parameter-parameter hematologi, biokimia dan analisis histopatologi serta berat organ relatif dinilai. Ekstrak C. papaya tidak menyebabkan mortaliti atau perubahan yang bererti pada berat badan, pengambilan makanan dan air minuman serta berat organ relatif pada kajian ketoksikan akut, subakut dan subkronik. Pemeriksaan pada semua organ tidak menampakkan perubahan dari segi morfologi. Walau bagaimanapun pertambahan bererti telah dilihat pada kajian akut bagi nilai hemoglobin (HGB), hematokrit (HCT), sel darah merah (RBC) dan protein total yang menunjukkan dehidrasi. Pada ketoksikan subkronik pula laktat dehidrogenase (LDH), kreatinina, protein total dan albumin telah menunjukkan perubahan bererti berbanding dengan kawalan. Tiada kematian dan tanda-tanda ketoksikan yang telah diperhatikan pada kajian ketoksikan akut, subakut dan subkronik O. basilicum. Walau bagaimanapun, beberapa perubahan bererti telah dilihat pada parameter-parameter hematologi dan biokimia berbanding dengan kawalan. Pada ketoksikan subkronik, nilai-nilai seperti min hemoglobin korpusel (MCH) dan min kepekatan hemoglobin korpusel (MCHC) di dalam dos medium dan dos tinggi telah menunjukkan perubahan pada tikus-tikus rawatan serta perubahan pada parameter-parameter biokimia. Kesimpulannya, ekstrak akueus daun C. papaya dan O. basilicum yang diberi secara oral tidak mempamerkan kesan-kesan toksik pada tikus.,Master-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKajian ketoksikan-
dc.subjectEkstrak akueus-
dc.subjectDaun carica papaya-
dc.subjectMedicine Plants-
dc.titleKajian ketoksikan ekstrak akueus daun carica papaya l. dan ocimum basilicum l. terhadap tikus-
dc.typeTheses-
dc.format.pages155-
dc.identifier.callnoQV766 .S623k 2013 9-
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.