Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475565
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi b Nik Yusoff, PM Dr | - |
dc.contributor.author | Nabiroh Kassim (P47272) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:40:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:40:00Z | - |
dc.date.issued | 2013-11-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75120 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475565 | - |
dc.description | Kajian berhubung Pengajaran Tilawah al-Quran sering dikaitkan dengan aspek tajwid dan kefasihan pelajar, namun jarang dikaitkan dengan nilai yang terkandung dalam ayat al-Quran yang dibaca.Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami amalan penerapan nilai murni Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam menjalankan pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah rendah dengan meneliti apakah elemen-elemen nilai murni yang diterapkan dan bagaimana proses penerapan elemen tersebut dijalankan. Penerapan nilai dalam kajian ini merujuk kepada proses guru menerapkan nilai yang terkandung dalam ayat al-Quran yang diajar oleh guru TQ kepada pelajar tahun empat, lima dan enam masing-masing mulai juz 11-17, juz 18 -juz 24 dan juz 25-30 bagi tahun enam sebagaimana yang terkandung dalam huraian sukatan Model Khatam al-Quran j-QAF. Seramai lima orang peserta kajian terdiri dari Guru-guru Pendidikan Islam yang berpengalaman mengajar j-QAF di sekolah rendah di Negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan rekabentuk kajian kes dan memperoleh data melalui temubual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan menggunakan perisian Nvivo 8. Kajian ini mendapati aspek kepercayaan memainkan peranan penting dalam menggerakkan tindakan guru melaksanakan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Kajian ini mengenalpasti tiga tema utama berkaitan kepercayaan guru iaitu kepercayaan guru terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran, kepercayaan terhadap kesesuaian penerapan nilai disekolah rendah dan kepercayan terhadap kesan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Selain itu kajian menunjukkan terdapat tiga elemen nilai telah diterapkan oleh peserta kajian sepanjang kajian ini iaitu elemen nilai terhadap al-Quran, elemen nilai pembentukan peribadi muslim serta elemen nilai sosial merangkumi nilai adab terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Kajian juga telah dapat memperincikan proses penerapan nilai yang dijalankan bagi menghasilkan suatu panduan pelaksanaan pengajaran TQ berasaskan nilai al-Quran. Diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru al-Quran untuk sentiasa menerapkan nilai-nilai al-Quran sebagai satu inisiatif mendedahkan isi kandungan al-Quran kepada pelajar, sesuai dengan fungsi utama al-Quran diturunkan iaitu sebagai panduan hidup dalam segenap bidang.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Penerapan Nilai Murni Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran | - |
dc.subject | Nilai Murni Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran J-Qaf | - |
dc.subject | Qur'an--Readings | - |
dc.title | Amalan Penerapan Nilai Murni Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran J-Qaf: Satu Kajian Kes | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 340 | - |
dc.identifier.callno | LC291 .N334 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000560 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.