Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475564
Title: Proses Pengacuan Suntikan Logam Mikro Optimum Bagi Bahan Suapan Keluli Tahan Karat
Authors: Haw Pei Li (P50234)
Supervisor: Norhamidi Muhamad, Profesor Dr. Hj.
Keywords: Proses Pengacuan Suntikan Logam Mikro
Pengacuan Suntikan Logam Mikro Optimum
Suntikan Logam Mikro Optimum Bagi Bahan Suapan Keluli Tahan Karat
Injection molding of metals
Issue Date: 29-Mar-2012
Description: Dalam beberapa tahun terakhir, usaha memfabrikasi komponen mikro dengan menggunakan teknik pengacuan suntikan logam mikro semakin menarik perhatian terutamanya bidang perubatan dan pergigian. Teknologi ini mampu menghasilkan komponen mikro dalam pengeluaran massa, hampir bentuk akhir, rumit dan berprestasi tinggi pada kos kempetitif. Empat langkah utama dalam pengacuan suntikan mikro termasuklah pencampuran, pengacuan suntikan, penyahikatan dan pensinteran harus dioptimumkan untuk memastikan ketumpatan, kepadatan dan kualiti yang tinggi pada komponen akhir. Penyelidikan ini bertumpu pada pengoptimuman parameter proses pengacuan suntikan untuk menyiasat kesan dari faktor-faktor berturutan apabila variasi wujud. Bahan suapan yang digunakan telah dibentuk daripada keluli tahan karat 316L yang bersaiz partikel 5 μm dengan komponen bahan pengikat yang terdiri daripada polietelena glikol (PEG), polimetil metakrilat (PMMA) dan selulosa asetik butirat (CAB). Sifat-sifat reologi dikaji pada bahan suapan 59, 60, 61, 62 dan 63 v/o. Bahan suapan yang paling sesuai dipilih dengan kelikatan (η) sederhana, eksponen kelakuan aliran (n) yang rendah, tenaga pengaktifan aliran (E) yang rendah dan kehomogenan yang tinggi. Peringkat signifikasi dan parameter pengacuan yang optimum diselidiki melalui rekabentuk eksperimen dengan kaedah Taguchi L-27 (313) tatasusun ortogon. Parameter yang dikaji ialah tekanan suntikan: 8-10 bar; suhu lebur: 130-150 oC; beban serbuk: 60-62 v/o; suhu acuan: 60-70 oC; masa suntikan: 5-7 s dan masa pegangan: 5-7 s. Taguchi menekankan penggunaan nisbah SN untuk menentukan kesan pada faktor-faktor hingar yang berprestasi tinggi. Selain itu, analisis varians diterangkan dengan lebih lanjut untuk memastikan keadaan optimum pada faktor kawalan yang signifikan. Jasad anum dianalisis dengan penampilan permukaan dan ketumpatan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa parameter yang signifikan ialah beban serbuk dan suhu acuan. Interaksi antara parameter yang mempunyai pengaruh yang terhadap kualiti permukaan dan kepadatan jasad anum juga dikaji. Parameter pengacuan suntikan mikro yang optimum ialah tekanan suntikan: 8 bar; suhu suntikan: 140 °C; beban serbuk: 61 v/o; suhu acuan: 70 °C; masa suntikan: 7 s dan masa pegangan: 7 s. Sebelum proses pensinteran, PEG dikeluarkan dari komponen mikro dalam air suling pada suhu 55 hingga 65 °C. Manakala PMMA dan CAB dikeluarkan dari jasad hijau melalui kaedah pemanasan dalam relau pada suhu 380 °C berserta kadar pemanasan antara 1, 3 dan 5 °C/min. Kajian merumuskan bahawa kenaikan suhu dan kadar pemanasan memendekkan tempoh penghilangan bahan pengikat. Setelah disinter pada suhu 1300 hingga 1340 °C, spesimen dinilai melalui pelbagai ujian iaitu mikrostrutur; pengecutan; ketumpatan; kekuatan tegangan; kekuatan lenturan; kekerasan; kandungan nitrogen, karbon dan oksigen. Daripada analisis keputusan ujikaji yang dijalankan, jasad sinter yang mempunyai sifat fizikal dan mekanikal tertinggi boleh diperolehi pada suhu pensinteran 1340 °C.,Master
Pages: 167
Call Number: TN697.I7 .H346 2012 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.