Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475560
Title: Khilafah : satu bentuk pemerintahan Islam dalam perspektif Hizbut Tahrir
Authors: Zainuddin Losi (P37765)
Supervisor: Supyan Hussin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Khilafah
Bentuk pemerintahan Islam
Perspektif Hizbut Tahrir
Caliphate
Issue Date: 1-Aug-2011
Description: Setelah Khilafah (bentuk pemerintahan Islam) diruntuhkan pada 1924 di Turki, masalah hubungan agama (Islam) dan negara di dunia Islam menjadi salah satu perbincangan yang popular secara berterusan sampai masa ini. Tetapi Khilafah sebagai bentuk pemerintahan Islam masih merupakan isu asing oleh sesetengah pihak pada masa ini. Manakala, perjuangan Hizbut Tahrir (HT) untuk menubuhkan semula Khilafah semakin meramaikan perbincangan tentang masalah hubungan agama dan negara. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk menyelidik perspektif HT tentang (1) hubungan agama dan negara; dan (2) Khilafah. Data-data dikumpulkan melalui dua sumber, iaitu: (1) sumber utama, melalui pengalaman langsung (penglibatan dalam HT), pemerhatian terhadap aktiviti HT, dan kajian dokumentasi, yang merujuk kepada penerbitan buku-buku rasmi HT, laman web rasmi HT, dan majalah berkala HT, dan (2) sumber sekunder, melalui tulisan-tulisan yang masih berkenaan dengan tujuk ini. Analisis data menggunakan beberapa tipologi hubungan agama dan negara sebagai alat ukuran perbandingan dan perbincangan dapatan secara analitikal dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep hubungan agama dan negara dalam perspektif HT boleh dikategorikan sebagai integralistik atau organik tradisional sebab HT memahami bahawa agama dan negara harus bersatu yang, dalam kajian ini, diistilahkan idea asas, yang memotivasi HT untuk menubuhkan Khilafah. Manakala, dalam konsep Khilafah, HT mendakwa bahawa Khilafah adalah bentuk pemerintahan Islam satu-satunya yang wajib diterimapakai oleh umat Islam sebab, dengan ketiadaan Khilafah pada masa ini, Syariah Islam tidak dapat diterapkan dalam kehidupan. Ini bermakna bahawa kewujudan Khilafah merupakan syarat mutlak untuk menerapkan Syariah Islam dan oleh itu, HT berjuang untuk menubuhkan semula Khilafah. Berdasarkan hal ini, HT menyatakan bahawa Khilafah tidak sama dengan bentuk pemerintahan lain, seperti pemerintahan beraja, empayar, persekutuan, republik, dan teokrasi. Selain memaparkan idea asas HT, dapatan ini juga memaparkan tiga konsep HT, iaitu: (1) struktur Khilafah, (2) metod pelantikan dan pemecatan Khalifah, dan (3) perlembagaan Khilafah. Ketiga-tiganya dinyatakan oleh HT sebagai konsep yang khas yang tidak sama dengan konsep bentuk pemerintahan lain. Akhirnya tesis ini mencadangkan perlunya satu tipologi baru yang diberi nama integralistik revolusioner yang boleh digunakan bagi memahami perspektif HT dan gerakan-gerakan Islam lainnya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan HT.,Master/Sarjana
Pages: 212
Call Number: BP166.9.Z334 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.