Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475559
Title: Pengaruh Arab-Islam terhadap undang-undang tubuh kerajaan Johor 1312 (1895)
Authors: Hanif bin Md Lateh @ Junid (P46515)
Supervisor: Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Ustazah
Keywords: Pengaruh Arab-Islam
Undang-undang tubuh kerajaan Johor 1312 (1895)
Islam and state -- Malaysia -- Johor -- History
Issue Date: 20-Oct-2011
Description: Kajian ini bermatlamat untuk menganalisis serta menilai pengaruh dan elemen Arab-Islam yang terdapat dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Pandangan sebahagian besar pengkaji Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) mengatakan bahawa, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) telah menerima pengaruh Islam dan merupakan dokumen yang tinggi nilai persuratan, kerana ia menggunakan bahasa Arab dan Melayu yang diadun untuk membentuk struktur bahasanya. Bagaimanapun, belum terdapat sebarang pembuktian secara ilmiah khusus terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Kajian ini turut menyoroti sejarah penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) dan memaparkan sejarah perkembangan pentadbiran undang-undang Islam di negeri tersebut bermula dari zaman Johor Lama, zaman Johor-Riau sehinggalah awal abad ke 21M pada era Johor Moden. Di samping itu, kajian ini juga mengemukakan transliterasi bagi teks Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) dan memperbaiki beberapa kesilapan yang terdapat dalam transliterasi terdahulu. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kajian kualitatif melalui historical study. Kajian ini merujuk kepada salinan teks asal Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Hasil kajian mendapati bahawa Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) menerima pengaruh Arab-Islam secara langsung. Ia adalah melalui hubungannya dengan sumber primer dan sekunder dalam sistem politik dan pentadbiran Islam. Seterusnya hubungannya dengan buku-buku dari kerajaan Riau, khasnya buku karangan Raja Ali Haji. Selain itu, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) turut menggunakan kata pinjaman Arab dalam penggubalannya.,Master/Sarjana
Pages: 172
Call Number: BP173.6.H336 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.