Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475554
Title: | Kajian anatomi dan mikromorfologi daun ke atas genus grewia L. dan microcos L. (malvaceae subfamili grewioideae) |
Authors: | Che Nurul Aini binti Che Amri (P46533) |
Supervisor: | Noraini binti Talip, Dr. |
Keywords: | Anatomi dan mikromorfologi daun Genus grewia L. Microcos L. (malvaceae subfamili grewioideae) Tiliaceae |
Issue Date: | 26-Jun-2011 |
Description: | Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas 25 spesies daripada genus Grewia dan Microcos dalam famili Tiliaceae. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengenalpasti ciri-ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pengecaman dan juga dijadikan data sokongan dalam pengelasan. Kajian ciri anatomi menggunakan kaedah siatan epidermis bagi ciri anatomi epidermis daun, kaedah penjernihan bagi peruratan dan kaedah hirisan mikrotom gelongsor bagi bahagian petiol, tulang daun, lamina dan tepi daun. Kajian ciri mikromorfologi menggunakan kaedah cerapan permukaan epidermis abaksial dan adaksial daun di bawah mikroskop imbasan elektron Philips XL Series XL 30. Penemuan hasil kajian menunjukkan terdapat ciri variasi dan ciri sepunya yang berguna untuk pembezaan, pengecaman dan pengelasan spesies dan genus. Lima jenis stomata telah dikenalpasti hadir pada kedua-dua genus iaitu anomositik, anisositik, parasitik, tetrasitik dan staurositik. Corak berkas vaskular pada petiol dan tulang daun menunjukkan terdapat 11 variasi corak berkas vaskular pada petiol dan 8 corak pada tulang daun. Kelompok sel sklerenkima hadir pada petiol bagi semua kajian kecuali pada M. borneensis, M. fibrocarpa, M. globulifera dan M. pachyphylla. Sel sklerenkima floem hadir hanya pada petiol M. cinnamomifolia dan M. membranifolia. Sel parenkima berlignin hadir hanya pada petiol M. latifolia, M. laurifolia, M. opaca dan M. reticulata. Kelompok sel kolenkima hanya dijumpai pada tulang daun M. latifolia dan M. sumatrana. Sel brakisklereid ditemui hanya pada tulang daun M. cinnamomifolia, M. latifolia dan M. pachyphylla. Manakala sel idioblas tanin hanya hadir pada tulang daun M. antidesmifolia var. hirsuta, M. reticulata dan G. polygama. Kehadiran sel sklerenkima mengelilingi berkas vaskular pada tulang daun merupakan ciri sepunya spesies Microcos. Kehadiran sel rembes dan salur musilaj pada tulang daun merupakan antara ciri sepunya spesies Grewia dan Microcos. Peruratan tepi daun merupakan antara ciri yang boleh digunakan untuk membezakan antara genus dengan peruratan tepi lengkap bagi Microcos dan tidak lengkap pada Grewia. Hablur tunggal ditemui di sepanjang peruratan daun hanya hadir pada semua spesies Grewia kajian. Kesimpulannya hasil kajian menunjukkan ciri anatomi dan mikromorfologi daun mempunyai nilai taksonomi untuk pengecaman, pembezaan dan pengelasan di peringkat spesies dan genus.,Master |
Pages: | 387 |
Call Number: | QK495.T5.C486 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.