Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475553
Title: | Penyediaan nanokomposit polietilena berketumpatan tinggi / getah asli cecair / tanah liat melalui penyebaran emulsi |
Authors: | Srihanum Adnan (P32251) |
Supervisor: | Rusli Daik, Profesor Madya Dr |
Keywords: | Nanokomposit polietilena Ketumpatan tinggi Getah asli cecair Tanah liat Penyebaran emulsi Polyethylene |
Issue Date: | 29-Sep-2011 |
Description: | Dengan sifatnya yang mempunyai luas permukaan yang besar, lapisan silikat boleh menghasilkan nanokomposit polimer yang mempunyai sifat terma dan mekanik yang baik walaupun pada jumlah kandungan yang kecil. Nanokomposit polimer yang dihasilkan daripada sistem adunan binari polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan getah asli cecair (LNR) dengan kehadiran tanah liat termodifikasi (OMMT) telah dihasilkan melalui penyebaran emulsi. Komposit HDPE/LNR telah disediakan dalam lima komposisi yang iaitu (97:3), (95:5), (93:7), (90:10) dan (85:15) dengan kandungan OMMT sebanyak 3% dan 5%. Tanah liat asal telah dimodifikasi menggunakan heksadesiltrimetilammonium bromida (HTAB) dan menunjukkan peningkatan jarak di antara lapisan tanah liat. Penyebaran tanah liat di dalam matriks polimer serta jarak di antara lapisan tanah liat telah dikaji menggunakan teknik pembelauan sinar-X (XRD). Tanah liat yang dimodifikasi menunjukkan penyebaran yang sekata di dalam matriks dengan saiz zarah yang lebih kecil seperti yang dicerap menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM). Analisis mikroskop transmisi elektron (TEM) menunjukkan struktur nanokomposit yang dihasilkan adalah berbeza bagi setiap komposisi. Struktur exfoliated hanya diperolehi pada kandungan LNR yang rendah manakala campuran struktur exfoliated dan intercalated diperolehi pada kandungan LNR yang tinggi. Analisis TGA menunjukkan kestabilan terma nanokomposit polimer yang dihasilkan adalah meningkat dengan kehadiran OMMT. Sifat mekanikal seperti kekuatan hentaman, kekuatan regangan, tegasan dan terikan bagi nanokomposit polimer yang dihasilkan juga menunjukkan peningkatan dengan kehadiran OMMT berbanding komposit tanpa pengisi.,Master |
Pages: | 105 |
Call Number: | TP1180.P65.S686 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.