Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475550
Title: Tahap kefahaman masyarakat terhadap kesalahan jenayah khalwat dan perbuatan tidak sopan di Daerah Kerian
Authors: Ainul Bashirah Ismail
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Dr.
Keywords: Kefahaman masyarakat
Jenayah khalwat
Perbuatan tidak sopan
Islam and social problems -- Malaysia -- Perak -- Kerian
Issue Date: 3-Oct-2012
Description: Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita merupakan masalah sosial yang berleluasa di dalam masyarakat pada hari ini. Masalah ini merupakan antara salah satu punca berlakunya pelbagai perkara yang tidak diingini termasuklah khalwat dan perbuatan tidak sopan. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenalpasti hukuman kesalahan jenayah khalwat dan perbuatan tidak sopan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kes-kes kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan. Se1ain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap kefahaman dan sikap responden terhadap kesalahan jenayah khalwat dan perbuatan tidak sopan di kawasan Parit Buntar dan Bukit Merah. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan menggunakan sampel yang terdiri daripada 130 orang respond en yang kerapkali berada di lokasi kajian. Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan kaedah persampelan convenience. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik yang dibina berdasarkan kajian-kajian lepas dan diubahsuai mengikut objektif kajian. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman bagi kesalahan jenayah khalwat dan perbuatan tidak sopan menurut enakmen termasuk dalam kategori hukuman takzir di mana denda atau penjara dikenakan berdasarkan had bidangkuasa mahkamah syariah. Berbeza pula perlaksanaan hukuman takzir menurut Islam yang memberi kebebasan kepada para hakim menjatuhkan hukuman. Kedua, mendapati terdapat empat elemen yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah khalwat dan perbuatan tidak sopan. Ketiga, kajian juga menunjukkan kefahaman terhadap kesalahan jenayah khalwat berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.21 manakala kefahaman terhadap kesalahan jenayah perbuatan tidak sop an berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.86. Dapatan kajian juga menunjukkan sikap terhadap kesalahan jenayah khalwat berada pada min 2.93 dan perbuatan tidak sopan berada pada min 2.65 iaitu kedua-duanya berada pada tahap sederhana,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 213
Call Number: HN40.M6.A38 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.