Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475549
Title: Penilaian kurikulum usuluddin sekolah menengah agama bantuan kerajaan di negeri Selangor
Authors: Abdul Fattah bin Pardon
Supervisor: Mudasir Rosder, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penilaian kurikulum usuluddin
Sekolah menengah agama bantuan kerajaan
Usuluddin
Islam -- Doctrines -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia -- Selangor
Issue Date: 7-Feb-2012
Description: Disertasi ini merupakan kajian penilaian yang bertujuan untuk menilai Kurikulum Pendidikan Usuluddin Azhari di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan, negeri Selangor. SABK di Selangor menggunakan kurikulum yang dicedok daripada Machad Buuth. dan tidak melalui kajian yang teliti untuk diadaptasi mengikut kesesuaian tempatan. Atas dasar itu, masalah yang telah dikenal pasti ialah kurikulumnya masih berada pada tahap lama tanpa sebarang perkembangan dan kajian terkini ke arah penambahbaikan. Tujuan dan objektif kajian dilakukan adalah untuk mengkaji Kurikulum Pendidikan Usuluddin yang digunapakai di SABK di seluruh negeri Selangor, mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran dan mengkaji pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Usuluddin SABK di negeri Selangor. Sesuai dengan kehendak dan keperluan kajian, metode deskriptif kuantitatif telah digunakan dan diadaptasikan bersama dengan model penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (CIPP). Seramai 240 responden pelajar telah dipilih di 6 buah sekolah secara rawak berdasarkan kriteria sekolah iaitu kategori bandar, luar bandar, gred A dan B. Di samping itu, sampel kajian turut diambil dari kalangan guru yang memperuntukkan seramai 30 responden. Dapatan kajian telah dianalisis dan diolah mengikut dimensi CIPP dan mendapati masih terdapat ban yak kelemahan dan keperluan kepada penambahbaikan bagi setiap dimensi tersebut. Bagi dimensi input, dapatan menunjukkan sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Usuluddin Kurikulum Azhari hanya berada pada tahap sederhana, min= 3.12. Sementara itu, dimensi input dilihat paling mempunyai kelemahan yang ketara apabila Kurikulum Pendidikan Usuluddin Azhari ini tidak mempunyai mata pelajaran akhlak, persembahan buku teks yang digunakan tidak menarik, kandungan silibus yang tidak seimbang, perbahasan dan perbincangan isi pelajaran yang terlalui ringkas dan guru-guru tidak didedahkan dengan latihan pengajaran khusus bagi Kurikulum Azhari semasa mengikuti latihan perguruan. Dapatan dimensi proses pula menunjukkan, guru kurang mengadaptasi teknik pengajaran berkesan sewaktu sesi P & P dijalankan dengan memperoleh nilai min sederhana iaitu =3.21, penggunaan ABM dan BBM yang terlalu terhad dengan nilai min rendah, =1.78, dan teknik pembelajaran murid turut berada pada paras sederhana iaitu min =3.11. Oleh yang demikian, kajian telah mencadangkan agar setiap dimensi ini diberi perhatian oleh pihak labatan Agama Islam Negeri serta pihak Kerajaan Pusat agar mampu mewujudkan kurikulum yang sepadu. Di samping itu, usaha-usaha kepada pembangunan kurikulum yang berterusan hendaklah dilaksanakan dengan mewujudkan bahagian pembangunan Kurikulum Pendidikan Islam Azhari (diniyah) yang membolehkan kurikulum ini diselaraskan di seluruh Malaysia dan masalah- masalah seperti kursus bagi guru dapat dilaksanakan di peringkat pusat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 182
Call Number: BP165.5.A235 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.