Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475547
Title: Proses masuk dan keluar Islam : satu kajian di Negeri Sembilan
Authors: Asniza binti Ahmad
Supervisor: Mohd al-Adib Samuri, Ustaz
Keywords: Masuk dan keluar Islam
Islam
Muslim converts -- Malaysia -- Negeri Sembilan
Apostasy -- Islam
Issue Date: 13-Sep-2012
Description: Para ulamak klasik berbeza pandangan dalam mentakrifkan muallafatu quI ilbuhum dan perkara ini mempengaruhi takrifannya dalam undang-undang di Malaysia. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk melihat pentafsiran golongan muallafatu qultibuhum menurutfiqh dan penggunaannya di Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Kajian ini turut mengkaji proses pengislaman dan pendaftaran menurut Islam dan enakmen pentadbiran Islam Negeri. Di samping itu, kajian ini mengkaji pendekatan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam kes permohonan murtad. Kajian ini melibatkan penggunaan metodologi analisis kandungan terhadap prosedur dan laporan kes berkaitan pengislaman, pendaftaran dan proses permohonan keluar Islam yang direkodkan di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan serta enakmen yang berkaitan. Dalam masa yang sama, kajian ini turut menggunakan temu bual mendalam separa berstruktur kepada pegawai di Jabatan Mufti dan di Pusat Dakwah Paroi bagi mendapatkan maklumat berkaitan proses pengislaman dan permohonan keluar Islam. Kajian mendapati bahawa golongan muallafatu qui iibuhum tidak hanya terbatas kepada mereka yang barn memeluk Islam malahan meliputi juga golongan kafir yang ingin dijinakkan hatinya serta mereka yang ditakuti kejahatannya daripada menimpa orang Islam. Dari segi proses pengislaman dan pendaftaran masih lagi perlu diberikan perhatian, terutama dari aspek teknikal dan kelengkapan prasarana. Dalam masa yang sama melalui kes permohonan keluar Islam, usaha bersepadu dan berkesan antara pihak yang berkaitan dalam memantau dan mengawal gejala berkenaan masih di tahap yang rendah. Kajian ini penting kerana dapat membuktikan pendekatan Jabatan Mufti dalam menangani masalah permohonan keluar Islam di Negeri Sembilan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 108
Call Number: BP170.5.A84 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.