Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475541
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdullah Samat, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Fazilla Mansor (P52525) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:39:51Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:39:51Z | - |
dc.date.issued | 2014 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:72908 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475541 | - |
dc.description | Sistem elektrosensori dan mekanosensori pada ikan yu mempunyai banyak persamaan dari segi struktur dan fungsi. Kedua-dua sistem ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan aktiviti-aktiviti harian ikan yu seperti menangkap mangsa, penentuan kedudukan, pemanduan arah dalam keadaan cahaya terhad dan juga proses interaksi dengan haiwan dan objek berhampiran. Satu kajian telah dijalankan terhadap ikan yu dari Famili Carcharhinidae untuk mengenalpasti struktur kedua-dua organ sensori ini. Sampel yang digunakan telah diperoleh dari Perairan Semenanjung Malaysia melalui nelayan tempatan dan pasar. Organ elektrosensor telah diekstrak dari lapisan epidermis kepala ikan manakala organ mekanosensor pula diekstrak dari lapisan epidermis dorsolateral badan. Pemerhatian dan pengambilan imej anatomi terhadap organ-organ sensori ini dilakukan menggunakan mikroskop pengimbas elektron model VpSEM LEO 1450vp dan FESEM Supra 55vp. Organ elektrosensor didapati hanya terdapat di bahagian kepala ikan yu manakala organ mekanosensor terdapat di kawasan garis lateral iaitu pada bahagian atas kepala dan seterusnya mengunjur sehingga ke hujung ekor. Organ elektrosensor pada ikan yu yang kenali sebagai Ampullae of Lorenzini dikenalpasti berdasarkan taburan-taburan pori di bahagian kepala ikan yang dapat dikesan dengan mata kasar. Hasil dari kajian ini juga medapati bahawa organ elektrosensor pada Carcharhinus sp. terletak dalam satu kluster. Setiap pori elektrosensor boleh berhubung dengan satu atau dua saluran yang berbeza. Pada ikan yu Rhizoprionodon acutus terdapat satu lapisan selaput yang menutupi kumpulan Ampullae of Lorenzini. Organ mekanosensor yang lebih khusus dikenali sebagai neuromast terdapat di sepanjang kawasan garis lateral. Setiap neuromast memiliki dua populasi rerambut sel iaitu kinocilium dan sterovili dengan orientasi dan kedudukan yang berbeza-beza. Taburan luas organ elektrosensor di bahagian kepala dan organ mekanosensori di sepanjang kawasan garis lateral menunjukkan bahawa ikan yu Carcharhinidae mempunyai ciri khusus sebagai pemangsa utama di laut.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Struktur organ elektrosensor | - |
dc.subject | Ikan yu | - |
dc.subject | Senses and sensation | - |
dc.title | Kajian terhadap struktur organ elektrosensor (Ampullae of Lorenzini) dan organ mekanosensor (neuromast pada ikan yu daripada famili Carcharhinidae | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 86 | - |
dc.identifier.callno | QP435.N646 2014 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.