Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475536
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr.Mohd Izham bin Mohd Hamzah-
dc.contributor.authorFaridah Juraime-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:39:50Z-
dc.date.available2023-10-05T06:39:50Z-
dc.date.issued2011-06-20-
dc.identifier.otherukmvital:13325-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475536-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah, hubungan antara kepimpinan teknologi dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah dan sumbangan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah terhadap kepimpinan teknologi pentadbir di Sekolah Berprestasi Tinggi. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif yang melihat kepada enam dimensi kepimpinan teknologi iaitu visi dan kepimpinan; pengajaran dan pembelajaran; amalan profesional dan produktiviti; sokongan pengurusan dan pengendalian; penilaian dan pentaksiran; dan isu etika, sosial dan undang-undang. Selain itu, kajian juga melihat kepada empat dimensi SKPM-Sekolah iaitu hala tuju kepimpinan; pengurusan organisasi; pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid. Satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data secara sistematik yang melibatkan seramai 96 orang pentadbir daripada 12 buah Sekolah Berprestasi Tinggi. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16.0. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menguji hipotesis yang melibatkan Ujian-t, ANOV A sehala, Korelasi Pearson dan Regresi linear mudah. Kajian ini mendapati tahap amalan kepimpinan teknologi pentadbir SBT berada pada tahap kerap kali dilaksanakan iaitu 2 hingga 3 kali dalam satu penggal persekolahan (min= 3.934) manakala amalan SKPM-Sekolah berada pada tahap sangat tinggi (min= 4.729). Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa faktor pengalaman mentadbir, bilangan kursus leT yang dihadiri dan status jawatan disandang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi amalan kepimpinan teknologi dalam kalangan pentadbir SBT. Seterusnya, kajian juga mendapati terdapat hubungan yang sederhana antara kepimpinan teknologi dengan SKPM-Sekolah (r = 0.649, p<0.05) dan SKPM-Sekolah menyumbang sebanyak 42.1 % terhadap amalan kepimpinan teknologi pentadbir SBT. Berdasarkan dapatan ini, dicadangkan pihak pentadbir sekolah membuat penambahbaikan dalam pengurusan teknologi sekolah dan diharapkan kajian seperti ini dapat dilakukan lagi untuk mempertingkatkan kepimpinan teknologi pentadbir di sekolah. Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa para pentadbir SBT kerap kali mengamalkan kepimpinan teknologi, mempunyai interpretasi yang sangat tinggi terhadap amalan SKPM-Sekolah dan seterusnya kepimpinan teknologi mempunyai hubungan yang sederhana dengan SKPM-Sekolah serta akhimya SKPM-Sekolah menyumbang kepada kepimpinan teknologi dalam kalangan pentadbir Sekolah Berprestasi Tinggi.,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKepimpinan-
dc.subjectTeknologi-
dc.subjectPentadbiran-
dc.subjectPengurusan-
dc.subjectStandard kualiti pendidikan Malaysia -- Sekolah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKepimpinan Teknologi Pentadbir Dalam pengurusan Sekolah Berprestasi Tinggi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages187-
dc.identifier.callnoLB1028.3.F365 2011 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.