Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475533
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr.Mohd Izham bin Mohd Hamzah-
dc.contributor.authorFuziah Mat Yakop-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:39:48Z-
dc.date.available2023-10-05T06:39:48Z-
dc.date.issued2011-06-29-
dc.identifier.otherukmvital:13322-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475533-
dc.descriptionTujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan di antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan amalan organisasi pembelajaran guru di sekolah menengah kluster berdasarkan perspektif guru. Kajian juga dijalankan untuk a) meninjau tahap amalan kepimpinan pengetua dan tahap amalan organisasi pembelajaran dalam kalangan guru, b) mengenal pasti perbezaan amalan kepimpinan transformasi pengetua dan amalan organisasi pembelajaran guru berdasarkan faktor demografi iaitu pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan dan c) mengenal pasti sumbangan setiap dimensi amalan kepimpinan transformasi terhadap amalan organisasi pembelajaran guru. Kajian berbentuk kuantitatif secara tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 285 orang guru terlibat sebagai responden melalui pemilihan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti MANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda untuk menjawab hipotesis kajian. Kajian mendapati amalan kepimpinan transformasi pengetua (min= 3.72) dan amalan organisasi pembelajaran guru (min= 4.07) berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian menerusi analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan sederhana positif signifikan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan amalan organisasi pembelajaran guru (r= 0.573). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan amalan organisasi pembelajaran guru berdasarkan faktor pengalaman mengajar. Namun terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan transformasi pengetua berdasarkan faktor pengalaman mengaj ar bagi dimensi memupuk pengaruh yang ideal. Seterusnya, analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan kedua-dua amalan kepimpinan transformasi dan amalan organisasi pembelajaran berdasarkan faktor bidang pengkhususan. Manakala, analisis regresi berganda yang dijalankan menunjukkan terdapat sumbangan signifikan amalan kepimpinan transformasi pengetua bagi dua dimensi iaitu menyediakan motivasi berinspirasi dan menunjukkan pertimbangan individu. Masing-masing menyumbang sebanyak 31.3% dan 1.9% terhadap amalan organisasi pembelajaran guru. Berdasarkan kajian ini, pengetahuan •dan pemahaman yang komprehensif daripada pihak berkepentingan terhadap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan amalan organisasi pembelajaran guru serta bagaimana kedua-dua amalan tersebut boleh membantu dalam aspek kecemerlangan sekolah adalah amat penting. Amalan kepimpinan transformasi dan amalan organisasi pembelajaran yang telah sedia ada di sekolah memerlukan pengukuhan dan penambahbaikan berterusan agar sekolah mampu dilestarikan sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Ini seterusnya akan membolehkan sekolah menangani perubahan pendidikan dan mencapai matlamat kecemerlangan yang disasarkan.,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengetua-
dc.subjectGuru-
dc.subjectSekolah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleHubungan Antara Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua Dengan Amalan Organisasi Pembelajaran Guru Di Sekolah-Sekolah Menengah Kluster-
dc.typeTheses-
dc.format.pages209-
dc.identifier.callnoLB2831.9.F859 2011 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.