Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468003
Title: Sifat optoelektronik kuprum indium sulfida sebagai bahan pekaan dengan pengaruh argentum sulfida sebagai lapisan pempasifan dalam sel suria titik kuantum
Authors: Nurul Syafiqah Mohamed Mustakim (P84127)
Supervisor: Mohd Adib Ibrahim, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Optoelectronics
Solar cells
Quantum dots
Issue Date: 17-Jan-2019
Description: Titik kuantum menjadi satu kajian yang intensif dalam kalangan penyelidik disebabkan oleh sifat uniknya seperti penjanaan eksiton berganda dan jurang jalur tenaga yang bergantung kepada penalaan saiz titik kuantum. Kajian terbaru mendapati bahawa bahan titik kuantum kadmium (Cd) dan plumbum (Pb) biasanya digunakan sebagai bahan pekaan dalam aplikasi sel suria kerana sifatnya yang berpotensi tinggi dalam penuaian cahaya. Tetapi, Cd dan Pb adalah sangat toksik. Oleh itu, kajian semasa memberi tumpuan kepada bahan bukan toksik seperti titanium dioksida (TiO2) dan titik kuantum kumprum indium sulfida (CuInS2) dengan lapisan argentum sulfida (Ag2S) sebagai lapisan pasif dalam aplikasi sel suria pekaan titik kuantum (SSPTK) yang lebih baik dan berkualiti. Dalam kajian ini, filem nipis TiO2 dan titik kuantum CuInS2 telah berjaya disediakan dengan menggunakan kaedah hidroterma dan solvoterma. Manakala, lapisan Ag2S dimendapkan dengan menggunakan teknik penjerapan dan tindak balas lapisan ion berturut-turut (Successive ionic layer adsorption and reaction, SILAR). Struktur morfologi, struktur kristal dan ciri-ciri optik sampel kajian dikenalpasti dengan menggunakan kaedah pencirian mikroskopi pengimbasan pancaran medan elektron, mikroskopi penghantaran elektron, mikroskopi daya atomik, spektroskopi pembelauan sinar-X dan spektroskopi ultra lembayung - cahaya nampak. Manakala untuk sifat elektrik bahan kajian, siasatan kuar empat titik dan ujian I-V dijalankan untuk menganalisa rintangan keping, nilai kerintangan, dan kekonduksian sampel. Filem nipis TiO2 berstruktur nano disediakan pada masa tindak balas hidroterma yang berlainan iaitu 2 jam, 5 jam, dan 10 jam. Zarah-zarah TiO2 yang dihasilkan mempunyai diameter sekitar 33.78 nm - 42.58 nm. Kecekapan penukaran kuasa optimum diperoleh apabila sampel TiO2 dipanaskan dengan 10 jam masa tindak balas iaitu 0.073%. Seterusnya, bahan titik kuantum CuInS2 telah disintesis dengan menggunakan kaedah solvoterma pada masa tindak balas yang berbeza iaitu 2 jam, 4 jam, 6 jam, dan 8 jam. Diameter titik kuantum CuInS2 didapati meningkat seiring dengan masa tindak balas yang semakin panjang iaitu 3.19 nm - 8.67 nm. Keputusan menunjukkan bahawa titik kuantum CuInS2 dengan masa tindak balas yang lebih lama menghasilkan kecekapan penukaran kuasa yang lebih tinggi. Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, sampel CuInS2 dengan 8 jam masa tindak balas menghasilkan nilai kecekapan penukaran kuasa yang terbaik, 0.035%. Akhir sekali, kesan Ag2S sebagai lapisan pasif dalam sel fotovoltan dikaji. Anod foto TiO2 (10 jam)/CuInS2 (8 jam) kemudiannya dimendapkan dengan 6 kitaran SILAR lapisan Ag2S. Prestasi sel suria didapati bertambah baik dengan kewujudan lapisan Ag2S dengan kecekapan penukaran kuasa daripada 0.044% kepada 0.136%. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa filem nipis TiO2/CuInS2/Ag2S adalah sesuai digunakan dalam aplikasi SSPTK yang mesra alam.,Sarjana Sains
Pages: 98
Call Number: TK2960.N859 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121008+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.