Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465901
Title: Konsistensi pengelasan dan komunikasi bahaya bahan kimia berbahaya di tempat kerja: penilaian amalan di Malaysia
Authors: Mohd Fadhil Abu Yazid
Keywords: Industrial safety -- Malaysia
Industrial hygiene -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2020
Description: Malaysia mula melaksanakan undang-undang berkaitan pengelasan dan komunikasi bahaya bahan kimia di tempat kerja dengan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 atau dikenali Peraturan CPL. Setelah Sistem Terharmoni Global bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS) mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada tahun 2003, Malaysia adalah negara yang turut menggubal undang-undang yang selari dengan GHS. Pada tahun 2013, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) dikuatkuasakan bagi menggantikan Peraturan CPL. Walaupun pada dasarnya GHS dibangunkan bertujuan mengharmonikan sistem pengelasan dan komunikasi bahaya yang digunakan di seluruh dunia, namun pemilihan data untuk kriteria pengelasan memungkinkan kepada keputusan pengelasan yang tidak konsisten. Terdapat juga negara mengguna pakai pengelasan wajib bagi bahan kimia dan disenaraikan dalam peruntukan undang-undang. Oleh itu, fokus kajian ini adalah mengenal pasti sistem pengelasan dan menilai amalan dan tatacara pengelasan dan komunikasi bahaya bahan kimia yang menyebabkan keputusan yang tidak konsisten di Malaysia. Perbandingan keputusan senarai bahan kimia terkelas dengan menjadikan Malaysia sebagai asas menunjukkan bahawa keputusan pengelasan Malaysia lebih konsisten dengan Kesatuan Eropah diikuti dengan New Zealand dan Jepun. Secara keseluruhannya, pemilihan sumber data pengelasan yang pelbagai seperti pembekal luar negara merupakan elemen utama yang menyebabkan keputusan pengelasan menjadi tidak konsisten di kalangan pembekal. Namun begitu, perkara ini boleh diatasi dengan melaksanakan kerangka pengharmonian yang melibatkan semua pihak. Ia boleh dilaksanakan dengan mengenal pasti bahan kimia yang mempunyai keputusan pengelasan berbeza di kalangan pembekal dan melalui proses pengharmonian ke arah konsistensi keputusan pengelasan dan kelestarian senarai bahan kimia terkelas di Malaysia. Kajian ini dapat menyumbang kepada penambahan pengetahuan baru dan memberi nilai tambah dalam bidang penyelidikan pengurusan kimia khususnya mengenai pengelasan dan komunikasi bahaya bahan kimia berbahaya di Malaysia.,Sarjana
Pages: 340
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120013+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.