Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465892
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Rizal Razman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Adzran Che Mustapa (P85979) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T04:30:51Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T04:30:51Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:109877 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465892 | - |
dc.description | Perkembangan teknologi gen dalam penyelidikan perubatan telah membantu pengamal perubatan untuk mengenalpasti, mencegah dan merawat penyakit. Genetik perubatan merupakan bidang yang baru di Malaysia jadi kajian perilaku berniat masyarakat terhadap teknologi ini serta aplikasinya adalah penting bagi memastikan penerimaan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perilaku berniat pihak berkepentingan di Lembah Klang terhadap empat aplikasi genetik perubatan (ujian genetik, terapi gen, farmakogenomik dan nutrigenomik) serta mengenalpasti faktor-faktor peramalnya. Soal selidik yang telah diuji kesahihannya telah diedarkan kepada 421 responden yang terdiri daripada dua pihak berkepentingan; penyedia penjagaan kesihatan dan pesakit. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS versi 24.0 dan SmartPLS versi 3.2.7. Analisis MANOVA satu hala digunakan untuk membandingkan perilaku berniat dan faktor peramalnya berdasarkan latarbelakang demografik responden. Hasil kajian mendapati bahawa tahap keterlibatan pihak berkepentingan terhadap genetik perubatan adalah sederhana sementara tahap keyakinan dan keagamaan mereka adalah tinggi. Responden menilai keempat aplikasi genetik perubatan sebagai mempunyai faedah yang tinggi, risiko yang sederhana dan diterima baik oleh agama yang membawa kepada perilaku berniat yang tinggi untuk menggunakannya. Hasil kajian menunjukkan bahawa keterlibatan berbeza secara signifikan merentasi kumpulan kepentingan, tahap pendidikan dan umur sementara tahap keyakinan dan keagamaan berbeza secara signifikan merentasi agama dan bangsa. Tahap tanggapan faedah didapati berbeza secara signifikan merentasi kumpulan kepentingan (bagi ujian genetik, terapi gen, farmakogenomik dan nutrigenomik) dan umur (farmakogenomik), tanggapan risiko berbeza merentasi umur (ujian genetik), penerimaan agama berbeza merentasi pihak berkepentingan (ujian genetik dan nutrigenomik) sementara perilaku berniat berbeza merentasi kumpulan kepentingan (ujian genetik, farmakogenomik, dan nutrigenomik) dan tahap pendidikan (ujian genetik, farmakogenomik dan nutrigenomik). Walau bagaimanapun isu kebimbangan terhadap ujian genetik tidak berbeza secara signifikan merentasi semua faktor demografi. Model Persamaan Berstruktur (SEM) mengesahkan bahawa perilaku berniat terhadap genetik perubatan di Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang saling berkait. Lima faktor yang menyumbang secara langsung terhadap kesemua aplikasi yang dikaji adalah tanggapan faedah diikuti oleh penerimaan agama, tanggapan risiko, keyakinan terhadap pihak berkepentingan dan keagamaan. Tanggapan faedah juga bertindak sebagai faktor pengantara bagi keterlibatan (kecuali terapi gen), keyakinan terhadap pihak berkepentingan dan keagamaan (kecuali terapi gen dan farmakogenomik), penerimaan agama bertindak sebagai faktor pengantara bagi keyakinan terhadap pihak berkepentingan dan keterlibatan (kecuali terapi gen) sementara tanggapan risiko pula bertindak sebagai faktor pengantara bagi keterlibatan (kecuali terapi gen). Dapatan kajian harus diambilkira secara serius oleh pihak industri, pelaksana dasar dan saintis dalam menjalankan penyelidikan yang lebih giat dan sebelum memperkenalkannya ke serata negara bagi mengelakkan kerugian pelaburan yang besar sekiranya aplikasi yang diperkenalkan tidak diterima masyarakat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Medical genetics | |
dc.subject | Behavioral assessment | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Perilaku berniat dan faktor peramal pihak berkepentingan di Lembah Klang terhadap genetik perubatan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 295 | |
dc.identifier.callno | BF176.5.M833 2019 tesis | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109877+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.