Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465871
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roohaida Othman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Afiq Adham Abd Rasib (P68909) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T04:30:44Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T04:30:44Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-22 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:106043 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465871 | - |
dc.description | Aquilaria malaccensis merupakan tumbuhan yang penting dari aspek ekonomi disebabkan oleh kayu gaharu berkualiti tinggi yang dihasilkan. Gaharu yang dihasilkan oleh A. malaccensis memiliki nilai pasaran yang tinggi. Ianya digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, upacara keagamaan dan industri minyak wangi. Gaharu A. malaccensis yang kaya dengan derivatif kromon feniletil dan terpen termasuk mono, tri- dan sesquiterpena, dihasilkan dalam pokok yang tercedera sebagai tindak balas terhadap jangkitan mikrob atau luka fizikal. Untuk memahami biosintesis terpena dalam tumbuhan ini, profil transkrip untuk tisu batang dari A.malaccensis sihat dan yang menghasilkan gaharu, telah diperoleh. Sejumlah 140,438 transkrip telah dijumpai di mana 46,755 telah dianotasi kepada gen yang diketahui dari pangkalan data protein NCBI. Analisis pengekspresan gen yang berbeza (DEG) menunjukkan 19,821 transkrip dikawal atur naik dan 18,938 dikawal atur turun dalam A. malaccensis yang menghasilkan gaharu. Analisis ontologi gen (GO) menunjukkan gen yang diekspreskan secara berbeza didapati terlibat dalam banyak proses sel, antaranya proses esterifikasi sterol. Proses ini merangkumi aktiviti biosintesis terpena di mana ianya dikawal atur naik dengan ketara. Sebanyak 163 transkrip didapati terlibat dalam tapak jalan biosintesis terpena. Pengekspresan berbeza bagi dua gen yang terlibat dalam tapak jalan biosintesis terpena, iaitu α-terpineol sintase (AmTPS1) dan skualena sintase (AmTPS2), telah disahkan dengan menggunakan analisis PCR kuantitatif masa-nyata (qRT-PCR). Ianya menunjukkan pengekspresan gen-gen ini dikawal atur naik dalam tisu batang yang menghasilkan gaharu. Protein rekombinan untuk kedua-dua gen juga telah diekspres dan dianalisis. Protein berjisim 70 kDa dan 40 kDa didapati terekspres dari bakteria perumah yang mengandungi vektor pengekspresan yang tersisip dengan gen AmTPS1 dan AmTPS2. Analisis aktiviti enzim dilakukan ke atas protein AmTPS1 yang diekspres dan produk yang dihasilkan dianalisis dengan menggunakan kromatografi gas - spektroskopi jisim (GC-MS). Jujukan asid amino kedua-dua protein turut dianalisis dengan menggunakan kaedah bioinformatik bagi menentukan fungsinya. Kajian ini memberikan maklumat baru tentang mekanisma molekul biosintesis terpena dalam A. malaccensis, seterusnya membawa kepada pemahaman yang lebih komprehensif tentang pembentukan gaharu dalam spesis ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Bioteknologi Tumbuhan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Aquilaria malaccensis | - |
dc.subject | Gaharu | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemprofilan transkriptom tisu batang Aquilaria malaccensis dan pengenalpastian gen yang terlibat dalam penghasilan gaharu | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 177 | - |
dc.identifier.callno | QK495.T48A355 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003761(2019) | - |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106043+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.