Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465868
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSaiful Arif Abdullah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Hairunnisa binti Rafaai (P40536)
dc.date.accessioned2023-10-02T04:30:42Z-
dc.date.available2023-10-02T04:30:42Z-
dc.date.issued2011-05-18
dc.identifier.otherukmvital:84822
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465868-
dc.descriptionDi Semenanjung Malaysia, perubahan guna tanah / litupan tanah dan landskap yang semakin meningkat telah mengganggu kawasan semulajadi termasuklah kawasan dilindungi. Bagaimanapun, penilaian kuantitatif perubahan guna tanah / litupan tanah dan landskap di dalam kawasan dilindungi serta hubungan dengan kawasan sekelilingnya masih kurang. Sehubungan itu, kajian ini menilai perubahan guna tanah / litupan tanah dan struktur landskap di Rezab Hidupan Liar Krau dan kaitannya dengan perubahan guna tanah / litupan tanah dan struktur landskap di kawasan sekelilingnya. Melalui teori ekologi landskap kajian ini juga membangunkan sistem pengezonan di rezab tersebut. Objektif kajian adalah untuk membangunkan data ekologi landskap bagi menambahbaik perancangan dan pengurusan guna tanah / litupan tanah di Rezab Hidupan Liar Krau untuk kelestarian. Tiga imej satelit tahun 1989, 1996 dan 2007 telah diproses menggunakan perisian ERDAS imagine Ver 9.2 untuk membangunkan peta guna tanah / litupan tanah kawasan kajian. Analisis perubahan guna tanah / litupan tanah di rezab tersebut dan kawasan sekelilingnya telah dijalankan dengan menggunakan ArcGIS Ver 9.2. Manakala analisis struktur landskap pula menggunakan perisian FRAGSTAT Ver 3.3. Bagi membangunkan sistem pengezonan, Analisis Pelbagai Kriteria tanpa mengambilkira dan mengambilkira kriteria kepadatan vegetasi reruang telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan tren perubahan guna tanah / litupan tanah adalah sama di dalam dan sekeliling rezab tersebut. Umumnya kawasan berhutan di dalam dan sekeliling rezab telah berkurangan manakala guna tanah pertanian khususnya kelapa sawit telah meningkat. Peningkatan pembangunan guna tanah manusia di sekeliling rezab telah menyebabkan perubahan struktur landskap di kawasan berkenaan, yang turut mempengaruhi perubahan struktur landskap di dalamnya. Analisis struktur landskap menunjukkan kawasan di dalam dan sekeliling Rezab Hidupan Liar Krau telah mengalami proses pemecahan, hakisan hutan dan pemencilan habitat di mana ianya mempunyai implikasi terhadap pemuliharaan kepelbagaian biologi di rezab itu. Analisis pengezonan menunjukkan kepadatan vegetasi reruang mampu menyumbang kepada perancangan pemuliharaan yang lestari di rezab tersebut. Ini kerana kepadatan vegetasi reruang telah mengkhususkan lebih banyak kawasan berhutan untuk pemuliharaan. Kesimpulannya, kehilangan kawasan berhutan di sekeliling rezab perlu diberi lebih perhatian kerana kehilangannya boleh mengancam integriti ekosistem semulajadi rezab itu sendiri dan membuatkan usahausaha pemuliharaan menjadi sukar. Perubahan struktur landskap dan hasil mengambilkira teori ekologi landskap dalam pengezonan adalah signifikan kepada usaha-usaha pemuliharaan yang lestari di kawasan dilindungi serta dasar-dasar pembangunan tanah. Oleh itu, penilaian ekologi landskap adalah satu keperluan dalam menambahbaik perancangan pemuliharaan dan pengurusan guna tanah / litupan tanah yang lebih lestari di kawasan dilindungi.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectEkologi
dc.subjectLandskap
dc.subjectEcological risk assessment Malaysia
dc.titlePenilaian ekologi landskap di Rezab Hidupan Liar Krau, Semenanjung Malaysia untuk perancangan pemuliharaan lestari
dc.typetheses
dc.format.pages151
dc.identifier.callnoQH541.15.L35.N846 2011
dc.identifier.barcode001997
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84822+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.