Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465866
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hood Mohd Salleh, Prof. Emeritus Dato’ Dr. | |
dc.contributor.author | Anidah Alias (P66665) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-02T04:30:42Z | - |
dc.date.available | 2023-10-02T04:30:42Z | - |
dc.date.issued | 2012-11-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84435 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465866 | - |
dc.description | Peribumi Tasmania telah mengalami tranformasi perubahan dalam era globalisasi, terutama aspek kebudayaan, pelancongan, kesasteraan dan pemeliharaan warisan. Dalam aspeks faktor sejarah memberi kesan yang ketara kepada kemandirian masyarakat peribumi Tasmania. Perkara ini dapat dilihat dalam usaha masyarakat peribumi setempat bagi menafikan bahawa Trugernanner atau Truganini adalah peribumi yang terakhir di muka bumi. Walaubagaimanapun, pemeliharaan warisan berdasarkan sosial budaya, ekonomi dan kepercayaan telah membawa kepada perubahan masyarakat peribumi di Tasmania yang mempunyai komuniti di Flinders Island, Cape Barren Island dan Osyter Cove. Kedapatan aktiviti warisan yang menjadi rutin masyarakat peribumi iaitu menangkap burung mutton, menangkap hasil laut, hasil kraf tangan daripada cengkerang siput, bekas air daripada rumpai laut dan tarian kebudayaan dapat dipelihara. Kunci kepada pemeliharaan warisan peribumi adalah dengan berjuang dan menuntut hak yang telah hilang daripada masyarakat peribumi sejak daripada pada tahun 1824 pada peristiwa Black War. Politik semasa di tanah besar Australia sedikit sebanyak memberi kesan ketara kepada peribumi Tasmania. Selepas keputusan Mabo memberi gelombang kebangkitan intergriti peribumi dalam mencari kesinambungan hidup warisan zaman. Faktor ini menjadi titik tolak kepada komitmen kerajaan Australia umumnya dan khususnya kerajaan Tasmania dalam mengalakan penampilan peribumi Tasmania dimata dunia. Agenda pemeliharaan warisan secara langsung menjadi daya tarikan kepada pelancongan, ahli akedemik dan budayawan mengetahui dan mengkaji peradaban peribumi Tasmania. Bagaimanapun, perubahan ekosistem dan persekitaran memberikan tekanan yang mendalam kepada generasi belia peribumi dalam mencari halatuju kehidupan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri kesasteraan, pelancongan, kebudayaan dan pemeliharaan komuniti masyarakat peribumi terutama sejarah dan senario semasa yang dihadapi oleh komuniti peribumi Tasmania. Untuk tujuan ini, pelbagai pendekatan yang telah dibuat bagi mendapatkan maklumat serta data berkaitan kajian ini iaitu merangkumi sumber rujukan bacaan, artikel, buku, journal, dan temuramah.. Hasil kajian mendapati bahawa peribumi Tasmania adalah dalam proses menjana perubahan yang positif khususnya daripada response kerajaan Tasmania dalam memberi keutamaan aspeks kebajikan, kesihatan dan pengikhtirafan dalam semua hal. Pada masa yang sama terdapat masalah penyesuaian sistem birokrasi, Hal ini berkaitan faktor pendedahan terhadap sistem yang tidak terdedah oleh masyarakat peribumi yang tinggal terpencil dan kurang berpendidikan. Walaupun begitu, proses ini perlu kepada komitmen dan usaha bersama termasuklah badan bukan kerajaan serta agensi terbabit mengenai peribumi di Tasmania.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Peribumi Tasmania | |
dc.subject | Tranformasi Tasmania | |
dc.subject | Tasmania Civilization | |
dc.title | Warisan peribumi (kesusasteraan, pelancongan, kebudayaan dan pemeliharaan warisan) di Tasmania, Australia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 97 | |
dc.identifier.callno | DU188 .A538 2012 | |
dc.identifier.barcode | 001903 | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.