Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465864
Title: Inventori senibina rumah tradisional Melayu Langkawi Geopark ke arah pembangunan lestari
Authors: Aswady Ahmad (P56811)
Supervisor: Azimin Samsul Mohd Tazilan, Dr.
Keywords: Architecture
domestic =- Malaysia
Rumah tradisional Melayu
Langkawi Geopark
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Jan-2013
Description: Kajian senibina rumah tradisional Melayu (RTM) merupakan satu cabang dalam mencerminkan warisan serta identiti ketamadunan bangsa Melayu. Ia bukan sahaja dibicarakan dalam soal senibina dan rekabentuk semata-mata, malah ia merupakan satu wahana ataupun medium bagi membincangkan aspek sosial, sosioekonomi, budaya, pembangunan dan alam sekitar. Fokus dalam kajian ini adalah mengkaji inventori senibina RTM di Langkawi Geopark. Langkawi Geopark merupakan satu jenama kepada Langkawi yang melambangkan satu pendekatan holistik yang menggabungkan elemen warisan alam dan manusia. Perbincangan mengenai RTM dalam kawasan Langkawi Geopark sejajar dengan inisiatif yang dimulakan pleh pihak UKM dan LADA dalam membangunkan kawasan ini secara menyeluruh. Perbincangan mengenai senibina RTM wajar dimulakan dengan pemahaman yang mendalam mengenai teori dan falsafah senibina tradsional secara menyeluruh. Ia bukan sekadar dilihat hanya dalam skop pandangan tempatan sahaja, malah ia memerlukan rujukan dan pendekatan yang telah dimulakan di seluruh dunia. Nilai falsafah senibina tradisional tetap sama dengan mengetengahkan nilai tempatan secara tradisi dan berevolusi mengikut masa dan keadaan. RTM sendiri berevolusi mengikut zaman dengan pelbagai macam rekabentuk yang menepati kehendak penduduk. Setiap komponen penting dalam RTM wajar dikupas satu persatu bagi memantapkan pemahaman. Perbincangan mengenai RTM di Malaysia secara khususnya dapat membentuk inventori bagi kajian senibina RTM seterusnya yang memfokuskan kepada Langkawi Geopark. Seterusnya, aspek pengenalan mengenai Langkawi Geopark dilihat secara am bagi mengenal pasti isu dan permasalahan dalam kajian kes ini. Setelah kedua aspek penting ini difahami barulah intipati utama kajian diteruskan dengan mengenalpasti inventori RTM di Langkawi Geopark. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini mengambil pendekatan secara kajian tapak, temuramah, kajian pustaka dan observasi secara analisis. Melalui proses ini setiap kajian kes dihurai dan dianalisa bagi menjawab hipotesis awal perbincangan. RTM dilihat sangat berpotensi untuk membantu dalam proses pembangunan semasa dan akan datang terutamanya dalam mencapai pembangunan lestari. Apa yang diperlukan ialah kerjasama melalui pihak-pihak berkepentingan dalam pelbagai aspek seperti governans, budaya, ekonomi, pembangunan dan warisan. Apa yang pasti, kajian inventori RTM di Langkawi Geopark ini akan membantu dalam merangka kepada pembangunan holistik yang lebih mapan dan ideal pada generasi akan datang.,Malay traditional house (RTM) studies is a part of the heritage and identity that reflects civilization of the Malay society. It is not only about architecture and design alone, but it is a vehicle or medium to discuss in terms of social, cultural, socioeconomic, cultural, and environmental development. The focus of this study was to review the inventory of RTM in Langkawi Geopark. Langkawi Geopark is a brand that represents a holistic approach that combines elements of nature and human heritage. Discussions on RTM in Langkawi Geopark in line with the initiatives started by the UKM and LADA in developing this area. Discussions on RTM starts with a deep understanding of the theory and philosophy of traditional architecture. It is not just reflected in the scope of local opinion only, but it requires some references and approaches from around the world. RTM itself evolved according to time with a wide variety of designs that meet the needs of the population. Each key component in the RTM should be extracted one by one to have further mutual understanding. Discussion on RTM in Malaysia, in particular, can form a typological framework for the next RTM study focuses on the Langkawi Geopark. The introduction of the Langkawi Geopark is seen in general to identify issues and problems in this case study. After that, then proceeded to identify the inventory RTM in Langkawi Geopark. The method used in this study adopts a site survey, interviews, library research and observation in the analysis. Through this process each case study is described and analyzed to answer the initial hypothesis of discussion. RTM seen the potential to assist in current and future development, particularly in achieving sustainable development. What is needed is cooperation by stakeholders in various aspects such as governance, culture, economy, development and heritage. What is certain, the inventory study of RTM in Langkawi Geopark will assist in developing a more holistic approach to sustainable development and the ideal in the next generation.,Sarjana Persekitaran
Pages: 194
Call Number: NA7436.A858 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81192+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.