Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465857
Title: Kualiti hidup dalam masyarakat pelbagai etnik
Authors: Raudzoh Ismail (P53479)
Supervisor: Mansor Mohd Noor, Prof. Dr.
Keywords: Etnik
Kualiti hidup
Tadbir urus
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Jul-2017
Description: Tesis ini adalah kajian mengenai kualiti hidup dalam masyarakat pelbagai etnik dengan meneliti secara khusus impak kualiti hidup dan tadbir urus terhadap masyarakat pelbagai etnik di Bandar Kajang. Kajian ini mempunyai empat objektif, iaitu mengenalpasti pola kualiti hidup masyarakat pelbagai etnik berdasarkan kepada enam aspek keperluan iaitu sara hidup, pencapaian hidup, hubungan sosial, kesihatan, persekitaran dan sistem keselamatan sosial; mengenalpasti pola faktor tadbir urus; melihat pola hubungan etnik dan kesepaduan sosial; dan menganalisis hubungkait kualiti hidup dan tadbir urus dengan hubungan etnik dan kesepaduan sosial serta membangunkan satu Permodelan Persamaan Struktur (PPS). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang dijalankan secara keratan rentas (cross-sectional) ke atas 180 responden dari kumpulan etnik Melayu, Cina dan India dengan pemilihan responden yang dipilih berdasarkan persampelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan di mana sekumpulan subjek mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Dalam penyelidikan ini, kerangka persampelan mewakili tujuan dan tiga ciri yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu; pertama responden mestilah tergolong dari kumpulan etnik Melayu, Cina atau India; kedua mestilah ketua atau isi rumah yang berumur 21 tahun ke atas; dan yang ketiga bekerja dan mempunyai pendapatan. Hasil dapatan kajian mendapati bagi pola kualiti hidup, hanya keperluan persekitaran dan pola keperluan sistem keselamatan sosial yang mempunyai hubungan signifikan. Bagi pola tadbir urus pula, dimensi politik negara dan tadbir urus kemudahan awam mempunyai hubungan signifikan. Pola batas etnik dilihat lebih dipengaruhi oleh kepentingan etnik berbanding kepentingan material dan status sosial. Adakalanya dalam sesetengah situasi yang melibatkan kepentingan peribadi berbentuk tuntutan sosial, kepentingan etnik akan dikorbankan. Hasil kajian menunjukkan keperluan-keperluan kualiti hidup dan faktor urus tadbir yang dikaji dapat menjelaskan 69.2% memberi kesan ke atas hubungan etnik. Kajian ini juga telah menunjukkan kerangka analisis keperluan-keperluan kualiti hidup dan tadbir urus dapat memberi kesan ke atas faktor batas etnik, hubungan sosial rentas etnik, dan kesepaduan sosial.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 170
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97812+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
429.33 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.