Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465854
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMansor Mohd. Noor, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Firdaus Zolkifli (P57865)
dc.date.accessioned2023-10-02T03:58:06Z-
dc.date.available2023-10-02T03:58:06Z-
dc.date.issued2015-10-26
dc.identifier.otherukmvital:81376
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465854-
dc.descriptionKajian ini mengenai sebuah parti sosialis di Malaysia, Democratic Action Party (DAP), yang menawarkan ideologi sosialisme kepada masyarakat sebagai wadah perjuangan merebut kekuasaan. Di dalam kedinamikan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan mempunyai sejarah negara yang mengamalkan konsosional demokrasi atau demokrasi permuafakatan, nilai etnik dan budaya masyarakat yang rencam merupakan elemen yang tidak boleh diabaikan bagi sesebuah parti politik. Lahirnya DAP sebagai parti yang berteraskan ideologi sosialisme ini mengundang persoalan tentang model sosialisme yang dijuangkan oleh parti tersebut serta dinamika sosialisme yang digunakan DAP untuk diadaptasi dalam sosio-politik di Malaysia. Persoalan lain yang lahir ialah berkenaan hubungan antara objektif perjuangan politik DAP dan pembinaan negara bangsa. Dalam menjawab persoalan ideologi sosialisme DAP, kajian ini terdiri daripada beberapa objektif dalam usaha meneliti dengan lebih rinci mengenai ideologi DAP. Pertamanya tulisan ini bertujuan memahami intipati ideologi sosialisme daripada sejarahnya dan amalannya di Malaysia. Tujuan kedua ialah meneliti proses DAP menjadikan ideologinya sebagai satu tindakan. Melalui penelitian terhadap ideologi secara idea dan ideologi secara tindakan, maka tulisan ini bertujuan menjawab apakah DAP ini sebagai sebuah parti yang demokratik, parti sosialisme atau sebuah parti Cauvanisme yang hanya menggunakan kaedah sosialis untuk mendapat kekuasaan. Dalam usaha mengupas ideologi sosialisme yang dijuangkan oleh DAP, penulis menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian kepustakaan dalam memahami beberapa konsep yang dibincangkan dalam kajian ini. Penulis juga melakukan temubual dengan empat orang pemimpin DAP secara khusus dan 30 orang ahli DAP secara ringkas. Penulis juga melakukan kajian ikut serta dalam beberapa program yang dianjurkan oleh DAP. Melalui objektif yang telah digariskan dan kaedah kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa ideologi sosialisme DAP yang ditegaskan dalam deklarasi pertama parti tidak diamalkan dalam sistem politik kepartian di Malaysia. Penulis juga mendapati ideologi sosialisme versi DAP tidak membawa kepada agenda pembinaan negara bangsa di Malaysia, malahan mempunyai kecenderungan membentuk sebuah negara berasaskan keetnikan (Cina) dan menjadikan agenda sosialisme sebagai strategi melawan hegemoni ketuanan politik Melayu. Walaupun kajian ini hanya menfokus kepada tema ideologi dan perjuangan parti tanpa melakukan pemerhatian terperinci terhadap faktor lain seperti ekonomi, namun kajian ini merupakan permulaan untuk menilai kembali ideologi universal sebagai semangat kepartian.,Sarjana Pengajian Etnik
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Kajian Etnik (KITA) / Institute of Ethnic Studies
dc.rightsUKM
dc.subjectSosialisme
dc.subjectDAP
dc.subjectParti Cauvanisme
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSosialisme dan perjuangan politik DAP di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages207
dc.identifier.barcode002171(2016)
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81376+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
445.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.