Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464324
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaiton Zakaria, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.advisorNor Anita Megat Mohd Nordin, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorLai Chooi Ying (P62371)-
dc.date.accessioned2023-09-27T03:39:28Z-
dc.date.available2023-09-27T03:39:28Z-
dc.date.issued2015-09-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464324-
dc.description.abstractHipertensi merupakan faktor risiko yang penting pada penyakit kardiovaskular. Patofisiologi hipertensi adalah disebabkan oleh peningkatan kontraktiliti arteriol berikutan peningkatan penghasilan angiotensin II (AgII), pengurangan penghasilan nitrik oksida (NO) oleh sel endotelium dan peningkatan stres oksidatif. Angiotensin II yang berlebihan berupaya meningkatkan penghasilan spesies oksigen reaktif (ROS) melalui aktiviti NAD(P)H oksidase dan menyebabkan stres oksidatif. Peningkatan ROS juga boleh mengurangkan bioavailabiliti NO seterusnya mengakibatkan disfungsi endotelium. Piper sarmentosum, sejenis herba tempatan yang dikenali sebagai "kaduk" digunakan secara tradisional untuk merawat hipertensi. Namun, data saintifik tentang keberkesanan herba ini dalam merawat hipertensi adalah kurang. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan ekstrak akueus daun Piper sarmentosum (AEPS) ke atas tekanan darah, kontraktiliti aorta dan malondialdehid plasma (MDA) sebagai penanda stres oksidatif pada tikus hipertensi teraruh Nω- Nitro-L-Arginin Metil Ester Hidroklorik (L-NAME). Tiga puluh enam ekor tikus Sprague-Dawley dibahagikan secara rawak kepada enam kumpulan. Kumpulan kawalan menerima air suling sahaja. Kumpulan Piper sarmentosum menerima AEPS KADUKMYTM-3. Kumpulan L-NAME menerima L-NAME 300mg/L/hari. Kumpulan X1 menerima L-NAME 300mg/L/hari dan AEPS KADUKMYTM-1 (dos rendah). Kumpulan X2 menerima L-NAME 300mg/L/hari dan AEPS KADUKMYTM-2 (dos sederhana). Kumpulan X3 menerima L-NAME 300mg/L/hari dan AEPS KADUKMYTM-3 (dos tinggi). Kumpulan X1-X3 menerima L-NAME dan AEPS serentak. AEPS diberi dengan gavaj gastrik. Tempoh kajian adalah empat minggu. Tekanan darah tikus diukur sebelum kajian bermula dan pada hujung minggu kedua dan keempat kajian. Pada hujung kajian, semua tikus dibunuh. Aorta torasik diambil untuk ujian kontraktiliti vaskular manakala darahnya diambil untuk mengukur aras NO, MDA, angiotensin II dan enzim penukar angiotensin (ACE). AEPS mempunyai aktiviti antioksidan 70.15% pada kepekatan 300μg/mL. Tekanan darah untuk kumpulan tikus yang menerima L-NAME dan AEPS KADUKMYTM-2 dan KADUKMYTM-3 masing-masing berkurang secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan kumpulan L-NAME sahaja. Pemberian L-NAME sahaja kepada tikus meningkatkan (p<0.05) kesan endotelium-bergantung vasokontraksi yang diaruh oleh fenilefrin dan menurunkan (p<0.5) kesan endotelium-bergantung vasorelaksasi yang diaruh oleh asetilkolin. Pada dos tertinggi fenilefrin dan asetilkolin, pemberian AEPS KADUKMYTM-1, KADUKMYTM-2 dan KADUKMYTM-3 dapat menurunkan (p<0.05) kesan vasokontraksi fenilefrin serta meningkatkan (p<0.05) kesan vasorelaksasi asetilkolin dalam tikus yang diberi L-NAME. Korelasi Pearson menunjukkan korelasi yang kuat di antara tekanan darah purata dan kontraktiliti aorta (r =0.78, p< 0.001). Kumpulan tikus yang menerima L-NAME sahaja mempunyai pengurangan aras NO yang signifikan (p<0.05) dan peningkatan aras MDA yang signifikan (p<0.05) berbanding dengan kumpulan kawalan. Kumpulan X3 mempunyai peningkatan aras NO yang signifikan (p<0.05) dan pengurangan aras MDA dan angiotensin II yang signifikan (p<0.05) berbanding dengan kumpulan L-NAME. Aras ACE dalam kumpulan X3 menunjukkan pengurangan yang signifikan (p<0.05) berbanding dengan kumpulan X1 dan X2. Keputusan ini mencadangkan suplementasi AEPS pada tikus hipertensi berupaya memodulasikan faktor endotelium-bergantung seperti NO dan angiotensin II dan seterusnya mengurangkan kontraktiliti aorta dan tekanan darah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectHypertension -- prevention & controlen_US
dc.subjectPlants, Medicinalen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan ekstrak akueus piper sarmentosum ke atas tekanan darah, kontraktiliti cincin aorta dan penanda stres oksidatif dalam tikus sprague-dawley hipertensi teraruh N-Nitro-L-Arginin metil ester hidrokloriken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages44en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.