Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464315
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBity Salwana Alias, Dr.-
dc.contributor.authorNor Raihan Abdul Rahman (P109794)-
dc.date.accessioned2023-09-27T01:23:42Z-
dc.date.available2023-09-27T01:23:42Z-
dc.date.issued2023-05-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464315-
dc.description.abstractPengamalan komuniti pembelajaran profesional di kalangan guru sekolah, memerlukan pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional berjalan seperti dirancang. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis hubungan di antara kepimpinan instruksional guru besar dengan amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru sekolah rendah di Rompin, Pahang. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan data dikutip melalui edaran borang soal selidik secara dalam talian. Responden kajian terdiri daripada 420 orang guru sekolah rendah harian kerajaan yang bertugas di Rompin, Pahang. Analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS V26 telah dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional guru besar secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi (min=4.09, s.p.=0.60) manakala tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru pula berada pada tahap tinggi (min=4.22,s.p.=0.49). Analisis ujian Korelasi Pearson telah menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dan kuat di antara kepimpinan instruksional guru besar dengan amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru (r=0.603, p<0.01). Manakala analisis regresi berganda mendapati dimensi mewujudkan iklim pembelajaran positif adalah faktor yang paling mempengaruhi tahap amalan komuniti pembelajaran profesional pada nilai Beta yang tertinggi iaitu 0.44 atau bersamaan 44 peratus. Dapatan ini telah memberikan implikasi terhadap dasar dan latihan di mana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memantapkan strategi pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah manakala implikasi terhadap amalan serta pengurusan di peringkat sekolah pula, guru besar harus peka dan bijak dalam meningkatkan dan mengekalkan amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru di sekolah. Kesimpulannya, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru, guru besar sebagai pemimpin sekolah perlulah sentiasa menjadi lebih bijak dan kreatif dalam amalan kepimpinannya.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSchool principalsen_US
dc.subjectLeadershipen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan kepimpinan instruksional guru besar dan sumbangannya terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional guruen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages171en_US
dc.identifier.callnoLB2831.9.N6378 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007086en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan keberkesanan pengajaran guru di sekolah berprestasi tinggi.pdf
  Restricted Access
Full-text2.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.