Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464314
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Rushdan Mat Rosid (P107618) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-27T01:22:19Z | - |
dc.date.available | 2023-09-27T01:22:19Z | - |
dc.date.issued | 2023-05-28 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464314 | - |
dc.description.abstract | Amalan doa merupakan salah satu ibadah harian yang tidak asing dalam kehidupan seseorang. Di Malaysia, masih ada isu murid yang mengalami kesukaran menghafal serta melafazkan doa pilihan dengan betul dan lancar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan pembangunan aplikasi mudah alih Smart Doa, mereka bentuk prototaip aplikasi dan membangunkan prototaip aplikasi bagi pengajaran tajuk doa pilihan murid prasekolah. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan berpandukan model instruksional Hannafin dan Peck. Kajian ini melalui tiga fasa dengan menggunakan beberapa alat kajian yang berbeza di setiap fasa. Data dianalisis secara deskriptif (frekuensi, purata, sisihan piawai dan peratus) menggunakan IBM SPSS Versi 23.0. Hasil dapatan fasa satu analisis keperluan menunjukkan bahawa ada keperluan yang tinggi untuk pengkaji membangunkan aplikasi Smart Doa. Dapatan fasa dua iaitu reka bentuk melalui temubual mendapati beberapa tema timbul setelah dianalisis menggunakan program N’Vivo 7.0 seperti objektif pengajaran doa, jenis doa, aktiviti pengajaran doa, aktiviti penilaian dan cadangan. Bagi dapatan fasa tiga iaitu fasa pembangunan dan implementasi menggunakan formula purata Percentage Calculation Method (PCM), peratus bacaan kesahan bagi aspek kandungan dan aspek kebolehgunaan melalui strategi pengajaran masing-masing adalah sebanyak 100% dan 98% menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi daripada semua pakar. Kewujudan prototaip aplikasi Smart Doa ini dianggap relevan dan memenuhi keperluan semasa. Aplikasi ini turut memberi sumbangan kepada Guru Pendidikan Islam yang mengajar prasekolah dalam bentuk bahan pengajaran tajuk doa pilihan. Ibu bapa dan murid turut dapat menggunakan aplikasi ini pada bila-bila dalam kehidupan seharian dalam menambahbaik sebutan dan hafalan doa. Pakar telah mengesyorkan beberapa penambahbaikan dari sudut teknikal untuk memberi nilai tambah kepada aplikasi ini. Pengkaji-pengkaji akan datang boleh menggunakan aplikasi Smart Doa ini dalam kajian-kajian mereka. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Mobile communication systems in education | en_US |
dc.subject | Mobile apps | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pembangunan aplikasi mudah alih smart doa bagi pengajaran dan pembelajaran doa pilihan murid prasekolah | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 180 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1044.84.M6348 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007085 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
RUSHDAN.pdf Restricted Access | partial | 491.47 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.