Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464313
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. | - |
dc.contributor.author | Siti Hazirah Hamdzah (P96110) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-27T01:20:59Z | - |
dc.date.available | 2023-09-27T01:20:59Z | - |
dc.date.issued | 2023-05-23 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464313 | - |
dc.description.abstract | Amalan kepimpinan merupakan suatu amalan yang diperlukan dalam mentadbir dan menguruskan sekolah. Dalam era revolusi industri keempat telah menunjukkan bahawa amalan kepimpinan yang dimainkan oleh pengetua masih relevan untuk diamalkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan keberkesanan pengajaran guru di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) negeri Kedah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan yang yang melibatkan jumlah sampel seramai 192 orang guru. Populasi guru-guru di SBT negeri Kedah adalah seramai 352 orang guru berdasarkan perangkaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK). Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Hasil dapatan kajian deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua (min = 4.38, sp = 0.56) dan tahap keberkesanan pengajaran guru (min = 4.47, sp = 0.52) berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, hasil dapatan kajian ujian MANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut persepsi guru berdasarkan faktor demografi guru. Ujian MANOVA turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan keberkesanan pengajaran guru berdasarkan faktor demografi guru. Analisis dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan pada tahap sederhana (r = 0.48) antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan keberkesanan pengajaran guru di SBT negeri Kedah. Implikasi kajian memperlihatkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu melaksanakan penambahbaikan dalam membangunkan prestasi kerjaya pengetua dengan memperkenalkan instrumen yang dapat mengukur standard pemilihan kepimpinan instruksional pengetua. Pengetua juga seharusnya meningkatkan profesionalisme terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam amalan kepimpinan instruksional walaupun guru-guru mempunyai kapasiti memberdayakan keberkesanan pengajaran di dalam kelas. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa amalan kepimpinan instruksional pengetua akan memberikan impak terhadap keberkesanan pengajaran guru. Kesimpulannya, pengetua yang melaksanakan amalan kepimpinan instrusional di sekolah akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru di SBT negeri Kedah. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Leadership | en_US |
dc.subject | School principals | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan keberkesanan pengajaran guru di sekolah berprestasi tinggi | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 151 | en_US |
dc.identifier.callno | HD57.7.S5683 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007084 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Siti Hazirah Binti Hamdzah (P96110).pdf Restricted Access | full text | 2.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.