Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464309
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorulhuda Sarnon, Dr.-
dc.contributor.authorMaznah Othman (P77411)-
dc.date.accessioned2023-09-27T00:56:00Z-
dc.date.available2023-09-27T00:56:00Z-
dc.date.issued2021-09-30-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464309-
dc.description.abstractRemaja hari ini bukan sahaja berhadapan dengan cabaran perkembangan diri, namun turut terkesan dengan persekitaran keluarga yang banyak mengalami perubahan seiring dengan kemajuan teknologi da globalisasi. Dengan begitu banyak kes remaja perempuan yang terlibat dengan tingkah laku tidak terkawal, timbul persoalan tentang bagaimana ketidakfungsian keluarga mereka. Justeru, kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana ketidakfungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal serta implikasi terhadap praktis kerja sosial khususnya di peringkat penentuan situasi (assessment) dan perancangan. Pemilihan informan adalah secara bertujuan (purposive sampling), terdiri daripada lima orang remaja perempuan tidak terkawal, berbangsa Melayu dan berumur 13 hingga 18 tahun yang telah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana pelbagai masalah tingkah laku oleh ibu bapa, dan lima orang pekerja sosial yang terlibat mengendalikan kes tersebut. Hasil kajian menerusi teknik temu bual secara mendalam menunjukkan terdapat lima ciri ketidakfungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal iaitu status sosioekonomi keluarga; komunikasi keluarga tidak berkesan; gaya keibubapaan tidak bersesuaian; tiada suri teladan; serta kekurangan penghargaan dan kasih sayang. Dalam konteks pengurusan kes oleh pekerja sosial, hasil kajian telah menemui tiga tema utama iaitu pengetahuan dan pendekatan, memegang prinsip person in environment serta penilaian dan pertimbangan. Kesimpulannya, remaja yang tidak terkawal bukan sahaja mempunyai keluarga yang tidak berfungsi, malahan turut berhadapan dengan cabaran persekitaran berisiko dan masalah penyesuaian diri. Justeru, modul intervensi berasaskan keluarga, pengurusan konflik dan emosi, penerapan ilmu keibubapaan serta program pemantapan institusi keluarga perlu lebih giat dan diperbanyakkan. Di samping itu, program pencegahan, pemulihan, modifikasi tingkah laku serta intervensi pemerkasaan diri turut dibincangkan agar membantu pemulihan remaja perempuan tidak terkawal untuk hidup lebih sejahtera.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectFamiliesen_US
dc.subjectParenthooden_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMeneroka ketidakkefungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal yang dirujuk ibubapa kepada pekerja sosial: implikasi terhadap praktis kerja sosialen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages235en_US
dc.identifier.callnoHQ728.M339 2021 tesisen_US
dc.identifier.barcode007080en_US
dc.format.degreeSarjana Falsafahen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.