Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464289
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMardina Abdullah, Prof. Ir. Dr.
dc.contributor.authorSiti Khalijah Zainudin (P78475 )
dc.date.accessioned2023-09-26T09:26:10Z-
dc.date.available2023-09-26T09:26:10Z-
dc.date.issued2019-12-02
dc.identifier.otherukmvital:117539
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464289-
dc.descriptionPengajian aktiviti kilat adalah penting untuk mengelakkan kerosakan kepada harta, kecederaan atau kehilangan nyawa selain meningkatkan teknologi ramalan cuaca. Berbanding dengan kawasan-kawasan tropika yang mengalami banyak peristiwa kilat, kawasan berkutub seperti Antartika juga boleh mengalami peristiwa kilat walaupun sangat jarang berlaku. Walau bagaimanapun, disebabkan lokasi dan kos, hanya sedikit kajian yang berkaitan dengan kilat yang telah dilakukan terutama pada ramalan dan pencegahan kilat. Kebanyakan kajian kilat sebelumnya adalah diantara kilat dan atmosfera atas. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kejadian kilat dan wap air boleh mendak (precipitable water vapor - PWV) dengan menggunakan data sistem kedudukan global (global positioning system - GPS) dan meteorologi permukaan di Semenanjung Antartika. Untuk mencapai objektif ini, beberapa langkah perlu dilakukan iaitu pertama, pengumpulan data kilat, GPS dan meteorologi permukaan selama tiga tahun dari Mac 2013 sehingga Februari 2016. Kedua, pemprosesan data yang melibatkan pemilihan data kilat dan meteorologi permukaan dan pembersihan data GPS. Pemilihan dan pembersihan data adalah penting untuk menerbitkan PWV dengan menggunakan kaedah Tropospheric Water Vapor (TroWav) dan kaedah sistem inferens kabur (Adaptive Neuro Fuzzy Inference System - ANFIS). Akhir sekali adalah penganalisaan dan interpretasi data dimana perbandingan diantara aktiviti kilat dan PWV dilakukan. Hasil kajian menunjukkan terdapat sebanyak 885 aktiviti kilat telah direkodkan di Semenanjung Antartika dimana musim panas mencatatkan aktiviti kilat tertinggi sebanyak 337 aktiviti kilat. Oleh kerana proses perolakan terma yang aktif dan pengaruh angin-laut menyebabkan pembentukan ribut kilat senang berlaku pada musim panas. Faktor ini juga mempengaruhi nilai PWV dimana purata pada musim panas adalah setinggi 13.48 mm. Ujian korelasi menunjukkan hubungan yang kuat diantara PWV terhadap aktiviti kilat dimana ia melebihi 0.7. Selain itu, teknik ANFIS menunjukkan keupayaan untuk medapatkan ketepatan dan prestasi PWV. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa kejadian kilat di Semenanjung Antartika boleh berlaku. Maklumat saintifik awal ini boleh membantu pengurusan stesen-stesen penyelidikan di kawasan ini bagi melindungi kerosakan stesen dan nyawa para saintis dari sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi dari kejadian panahan kilat.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim
dc.rightsUKM
dc.subjectLightning
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleVariasi kilat dan wap air boleh mendak di Semenanjung Antartika menggunakan data GPS dan meteorologi
dc.typetheses
dc.format.pages75
dc.identifier.callnoQC966.S538 2019 tesis
dc.identifier.barcode004480(2020)
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117539+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
53.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.