Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464282
Title: Embriogenesis somatik dan perbezaan metabolit antara struktur embriogenik dan struktur bukan embriogenik manggis (garcinia mangostana l.)
Authors: Siti Nursyazwani Maadon (P59565)
Supervisor: Normah Mohd Noor, Prof. Dr.
Keywords: Somatic embryogenesis
Mangosteen
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Feb-2016
Description: Embriogenesis somatik yang merupakan salah satu teknik perambatan in vitro dikaji bagi manggis. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan protokol penginduksian embrio somatik manggis. Selain itu, kajian ini juga dilakukan adalah untuk membezakan struktur embriogenik dan struktur bukan embriogenik melalui pendekatan metabolomik. Keratan biji benih matang dan keratan daun muda manggis dikultur pada medium Murashige & Skoog (MS) dengan kekuatan penuh dan medium MS separuh kekuatan dengan nutrien tambahan polivinilpirolidon (PVP), asid askorbik dan L-glutamin. Penginduksian struktur globular tertinggi (46.67%) dicerap melalui perlakuan medium MS dengan 0.5 mg/L 6-benzilaminopurin (BAP) pada kultur biji benih. Manakala penginduksian struktur bernodul padat tertinggi (100%) pula dengan perlakuan 0.7 mg/L BAP + 2 mg/L asid 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-D), polivinilpirolidon (PVP), asid askorbik dan L-glutamin. Kajian kesan asid amino terhadap penginduksian embrio somatik ke atas daun muda manggis telah dijalankan menggunakan medium MS dengan 0.7 mg/L BAP dan 0.7 mg/L thidiazuron (TDZ). Sebanyak 53.55% daun muda manggis menghasilkan struktur globular dengan perlakuan asid amino 200 mg/L prolin. Struktur globular dan struktur bernodul padat telah mempamerkan sifat embriogenik dengan kewujudan sel meristematik yang berbentuk isodiametrik, sitoplasmik yang padat, kewujudan protoderma, prokambium dan kehadiran sel vaskular. Struktur globular telah bercambah menjadi pucuk pada medium MS dengan 0.7 mg/L BAP setelah 50 hari pengkulturan dan seterusnya digunakan dalam kajian pengakaran. Peratus pengakaran tertinggi adalah 60% pada pucuk yang diprekultur di dalam 100 mg/L asid indol-3-buterik (IBA) selama dua minggu. Planlet yang mempunyai akar berjaya diaklimatisasi ditanam dalam campuran tanah dan pasir. Sebanyak 90% planlet berjaya hidup dan dialihknan ke rumah hijau. Pencapjarian metabolit kultur embriogenik dan kultur bukan embriogenik telah dijalankan menggunakan kromatograf gas-spektrometer jisim (GC-MS) untuk membezakan kandungan metabolit di antara dua jenis kultur tersebut. Beberapa jenis sebatian dikesan antaranya karbohidrat, asid amino, asid organik dan asid lemak. Analisis multivariat diskriminan data metabolik menunjukkan perbezaan yang signifikan pada paras P ≤ 0.05 untuk setiap jenis kultur (embriogenik dan bukanembriogenik). Analisis Komponen Utama (PCA), mencadangkan asid amino dan karbohidrat adalah komponen utama yang membezakan antara kultur embriogenik dan kultur bukan embriogenik. Manosa dan ornitin merupakan metabolit signifikan yang berpotensi dijadikan sebagai penanda metabolit dalam struktur embriogenik manggis.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains
Pages: 151
Call Number: SB118.46.S593 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106317+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
867.65 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.