Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464262
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Syarul Nataqain Baharum, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Shuhaila Sharif (P78303) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T08:58:15Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T08:58:15Z | - |
dc.date.issued | 2018-06-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:109866 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464262 | - |
dc.description | Lactococcus lactis subsp. cremoris MG1363 merupakan bakteria asid laktik (LAB) yang berstatus selamat (GRAS). Asid amino proteinogenik (PAA) berperanan bagi pertumbuhan L. lactis, mengawal pH intrasel, penjanaan tenaga metabolik dan ketahanan terhadap tekanan. Kajian lepas menunjukkan goncangan memberi kesan terhadap pertumbuhan L. lactis, paras penghasilan PAA, dan juga taburan fluks dalam metabolisme karbon pusat (CCM). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji taburan fluks pada CCM L. lactis ditumbuhkan pada kadar goncangan yang berbeza menggunakan eksperimen pelabelan isotop. Dalam kajian ini, L. lactis ditumbuhkan pada suhu 30°C dengan kadar goncangan 50 rpm, 100 rpm, 150 rpm, dan 200 rpm. Kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS) digunakan untuk menganalisis PAA yang terhasil bagi setiap kadar goncangan. Resonans magnetik nuklear (NMR) kemudiannya digunakan untuk mengesan dan mengukur pengkayaan 13C pada PAA. Seterusnya, analisis fluks metabolit 13C (13C-MFA) dilakukan untuk mengukur taburan fluks dalam CCM bagi kadar goncangan yang menunjukkan perbezaan ketara. Hasil analisis GC-MS menjumpai 15 PAA; alanina (Ala), glisina (Gly), valina (Val), leusina (Leu), isoleusina (Ile), prolina (Pro), metionina (Met), serina (Ser), treonina (Thr), fenilalanina (Phe), aspartat (Asp), glutamat (Glu), lisina (Lys), histidina (His) dan tirosina (Tyr). Kecuali Pro, 14 PAA yang lain adalah signifikan dengan kepekatan antara 0 mmol/L hingga 50 mmol/L pada setiap keadaan bagi semua keadaan pertumbuhan. Analisis multivariat (MVA) menggunakan analisis diskriminan-separa kuasa dua terkecil (PLS-DA) menunjukkan paras PAA dalam L. lactis terkesan apabila ditumbuhkan dengan goncangan 100 rpm dan 150 rpm. Paras Ala dan Gly adalah lebih tinggi pada 100 rpm. Paras asid amino rantai bercabang (BCAA) adalah rendah apabila L. lactis ditumbuhkan pada 150 rpm. Menerusi analisis NMR, 12 PAA menunjukkan pengkayaan 13C pada kedudukan karbon berbeza. Hasil 13C-MFA mendapati fluks ke arah laluan PP adalah tinggi pada goncangan 100 rpm (3.332 mmol g-1 j-1). Fluks ke tapak jalan glikolisis adalah tinggi pada goncangan 150 rpm (4.167 mmol g-1 j-1). Fluks bagi kitaran TCA pula adalah sama bagi goncangan 100 rpm dan 150 rpm. Secara kesimpulannya, kadar goncangan yang berbeza memberi kesan terhadap pertumbuhan L. lactis, penghasilan PAA dan juga taburan fluks dalam CCM L. lactis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Amino acids -- Synthesis | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemprofilan asid amino proteinogenik menggunakan pendekatan isotop berlabel dalam Lactococcus lactis subsp. cremoris MG1363 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 88 | - |
dc.identifier.callno | QD431.S538 2018 tesis | - |
Appears in Collections: | Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109866+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.