Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464260
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNormah Mohd Noor, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNurfadzilah Fadryin (P69890)-
dc.date.accessioned2023-09-26T08:58:14Z-
dc.date.available2023-09-26T08:58:14Z-
dc.date.issued2018-03-06-
dc.identifier.otherukmvital:109861-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464260-
dc.descriptionMaklumat mengenai pengawalaturan molekul di dalam perkembangan embrio somatik manggis masih kurang dan memerlukan kajian lanjutan. Kajian ini bertujuan mengumpul maklumat pengawalaturan molekul embriogenesis somatik manggis yang dimulakan dengan menguji sumber karbon yang sesuai bagi penginduksian embrio somatik. Embriogenesis somatik manggis berjaya dihasilkan secara terus daripada daun muda manggis yang dikulturkan di atas medium Murashige dan Skoog yang mengandungi 3.08 µM 6-benzilaminopurin (BAP) dan 3.18 µM thidiazuron (TDZ) serta dibekalkan dengan 60 g/L glukosa sebagai sumber karbon. Struktur dan ciri sel embrio somatik yang terhasil disahkan melalui pemerhatian pada analisis histologi.RNA yang telah diekstrak daripada tiga peringkat globul iaitu awal, pertengahan dan akhir digunakan bagi pemencilan gen sasaran melalui tindak balas transkripsi berbalik (RT-PCR) dengan menggunakan pasangan pencetus spesifik yang telah direka. Pemilihangen sasaran adalah berdasarkan sekumpulan gen yang dikenalpasti terlibat di dalam perkembangan awal embriogenesis somatik daripada kajian lepas. Gen-gen sasaran yangberjaya dipencilkan adalah Somatic embryogenesis receptor-like kinase 1 (SERK1) berukuran 1800 pb, Brassinosteroid associated kinase 1 (BAK1)/SERK3 juga berukuran 1800 pb, Brassinosteroid insensitive 1 (BRI1) berukuran 1300 pb, Leafycotyledon 1(LEC1) berukuran 360 pb dan Wuschel (WUS) berukuran 170 pb. Hasil analisis RT-qPCR mendapati bahawa gen ini diekspres pada tahap yang berbeza dalam tiga peringkat globul embriogenesis somatik. Pengekspresan menaik tetapi pada tahap yang rendah bagi gen SERK1, BRI1 dan WUS serta pengekspresan menurun gen LEC1 membezakan peringkat globul awal dengan globul pertengahan. Peringkat globul pertengahan pula ditunjukkan dengan pengekspresan menaik dan lebih tinggi bagi gen SERK1 dan BRI1, sementara globul akhir pula ditunjukkan dengan pengekspresan menaik gen WUS dan LEC1 serta pengekspresan menurun gen. BRI1. Hasil pengekspresan gen sasaran tersebut disokong oleh data penjujukan RNA daripada kajian pemprofilan gen sel embriogenik manggis. Terdapat 234 unigen yang diekspreskan lebih tinggi dan signifikan dalam embrio somatik terlibat dalam tapak jalan hipotetikal transduksi isyarat ransangan brassinosteroid, auksin, sitokinin, asid jasmonik, asid absisik, glukosa dan poliamina. Gen-gen yang terlibat dalam tapak jalan transduksi tersebut juga mempunyai interaksi molekul yang mungkin secara langsung atau tidak langsung mengawalatur embriogenesis somatik manggis,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSomatic embryogenesis-
dc.subjectGarcinia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengenalpastian sumber karbon dan analisis pengekspresan gen terpilih dalam embriogenesis somatik manggis (Garcinia mangostana L.)-
dc.typetheses-
dc.format.pages131-
dc.identifier.callnoSB118.46.N837 2018 tesis-
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109861+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.