Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464255
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abang Annuar Ehsan, Dr. | - |
dc.contributor.author | Norasyikin Selamat (P80453) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T06:49:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T06:49:47Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:108274 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464255 | - |
dc.description | Teknik pemfokusan sel adalah salah satu eleman yang paling penting di dalam aplikasi sitometer dan ianya boleh dicapai dengan menggunakan beberapa teknik tertentu. Sejak kebelakangan ini teknik pemfokusan hidrodinamik tiga dimensi telah menarik perhatian para pengkaji dan saintis. Kebanyakan peranti hidrodinamik tiga dimensi pada masa kini memerlukan teknik pembuatan yang kompeks dan rumit. Teknik konvensional pembuatan peranti sitometer yang paling banyak digunakan ialah dengan menggunakan Polydimethylsiloxane (PDMS) melalui kaedah litografi-lembut (softlithography). Antara kelemahan teknik ini ialah proses pembuatan yang rumit dan memerlukan kos yang agak mahal untuk membuat acuan. Selain itu, melalui teknik ini saliran mikro yang berbentuk silinder (bulat) juga tidak dapat dihasilkan. Ini kerana limitasi dari segi alatan untuk menghasilkan acuan itu sendiri. Dalam projek ini, peranti sitometer aliran telah dibuat melalui kaedah cetakan tiga dimensi. Melalui kaedah pencetakan tiga dimensi, proses pembuatan menjadi lebih singkat serta memerlukan kos yang rendah. Selain itu, dengan menggunakan pencetak tiga dimensi juga dapat menghasilkan saliran mikro yang berbentuk silinder. Peringkat pertama kajian ini ialah melakukan simulasi sitometer dengan menggunakan perisian COMSOL Multyphisic. Peringkat kedua ialah menbangunkan pencetak tiga dimensi unjuran litografi-stereo (stereolithography). Pencetak ini menggunakan sinaran ultraungu (UV) untuk mengeraskan resin jenis polimer lapisan demi lapisan sehingga menjadi satu peranti yang lengkap. Peringkat ketiga ialah mencetak peranti sitometer aliran dan mengkaji ciri-ciri fizikal dan mekanikal peranti yang telah dicetak. Melalui kaedah simulasi dapat dibuktikan bahawa aliran bendalir adalah lebih baik dan stabil pada saliran berbentuk silinder berbanding saliran berbentuk segiempat sama. Simulasi partikel zarah membuktikan pemfokusan hidrodinamik adalah lebih baik pada saluran berbentuk segiempat tepat. Bagi mendapatkan hasil perbandingan yang baik, kedua-dua keratan rentas mempunyai ukuran keluasan yang sama iaitu 10000 µm2. Saliran empatsegi tepat mempunyai lebar sebanyak 200 µm dan tinggi sebanyak 50 µm manakala saliran berbentuk silinder mempunyai diameter sebanyak 112.838 µm. Simulasi menunjukkan bahawa sel yang lebih kecil boleh difokuskan melalui peranti sitometer-aliran. Ini kerana sel protein yang bersaiz 1.5 nm telah digunakan dalam simulasi trajektori zarah. Prototaip yang dicetak dengan menggunakan pencetak 3D telah dianalisis dari segi fizikal, geometri dan mekanikal. Peranti sitometer-aliran bersaiz mikro paling kecil dapat dicetak ialah dengan saliran berdiameter 1000 µm.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Microfluidics | - |
dc.subject | Microfluidic devices | - |
dc.subject | Flow cytometry | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Rekabentuk, simulasi dan fabrikasi peranti sitometer aliran-mikro menggunakan teknik cetakan tiga-dimensi | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 135 | - |
dc.identifier.callno | TJ853.4.M53N647 2018 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005516(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108274+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.