Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464240
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Dee Chang Fu, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nabihah Sihar (P83221) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T06:49:38Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T06:49:38Z | - |
dc.date.issued | 2020-05-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123828 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464240 | - |
dc.description | Kebanyakan jurutera struktur tidak mengambilkira daya gempa bumi dalam reka bentuk mereka terutamanya bagi bangunan bertingkat rendah. Sistem pengasingan tapak adalah salah satu sistem rintangan gempa bumi konvensional. Pada masa kini, getah redaman tinggi (HDR) dan galas getah berlamina digunakan secara meluas dalam pembinaan bangunan tinggi melebihi sepuluh tingkat dan jambatan. Jika sistem yang sama digunakan dalam bangunan kediaman bertingkat rendah, ia akan meningkatkan kos pembinaan keseluruhan dengan ketara. Kemampuan adalah faktor penting yang mempengaruhi penerimaan pakai sistem rintangan gempa bumi menyebabkan beberapa kajian terhadap pengasing kos rendah telah dijalankan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya tidak menggalakkan. Kajian ini menilai dan membukti penggunaan pemencil tayar kitar semula, Recycled Tyre Isolator (RTI) sebagai sistem rintangan gempa bumi untuk bangunan satu tingkat di Malaysia. Lapisan pad tayar kitar semula digunakan untuk menghasilkan RTI. Bahagian bebenang tayar dipotong kepada dua jenis ukuran iaitu segi empat tepat 300 mm x 200 mm dan segi empat sama 150 mm x 150 mm dan setiap lapisan mempunyai ketebalan lebih kurang 10 mm. Lapisan tayar yang dipotong akan digabungkan dengan menggunakan pelekat di antara mereka. Tayar mempunyai jangka hayat yang panjang kerana ketahanan yang tinggi dan ia adalah tidak terbiodegradasikan. Sifat-sifat mekanik dan dinamik RTI diperolehi melalui ujian eksperimen bersiri iaitu ujian mampatan menegak, ujian beban dinamik dan ujian beban kitaran. Hasil menunjukkan persamaan tertentu dalam tingkah laku mekanikal terpencil antara RTI dan galas getah komersil sedia ada. Ini termasuk nisbah redaman, kekukuhan menegak, kekukuhan mendatar dan modulus mampatan. Daripada hasil eksperimen, adalah jelas apabila ketebalan RTI meningkat, kekukuhan mendatar dan menegak akan turut menurun. Keputusan ujian juga menunjukkan bahawa nisbah redaman RTI yang jatuh di antara 7 % hingga 10 % adalah sesuai untuk diguna pakai sebagai pemencil. Ia terbukti bahawa kekukuhan statik RTI kurang berbanding dengan galas getah perdagangan di mana struktur dan komponennya yang berbeza. RTI mempunyai keupayaan galas menegak antara 8 MPa hingga 10 MPa. Analisis masa sejarah terhadap bangunan satu tingkat dengan asas tetap dan dengan RTI telah dijalankan. Rekod pecutan masa sejarah gempa bumi yang sebenar digunakan untuk mengira dan membandingkan keputusan tak linear untuk kedua-dua kes secara kuantitatif. Hasil daripada simulasi menunjukkan bahawa pemencil cekap dalam mengurangkan frekuensi dan mampu memanjangkan tempoh getaran struktur. Pemencil kos rendah ini sesuai untuk digunakan untuk bangunan kediaman dan komersial baru dan naik taraf bangunan sediada di kawasan seismik aktif negara-negara membangun. Pelbagai kesan pergerakan gempa bumi terhadap gerak balas struktur tapak terpencil diperiksa dan disahkan termasuk pengurangan frekuensi getaran, pemanjangan tempoh semula jadi dan pengurangan anjakan struktur. Kerja-kerja penyelidikan ini memberi satu penyelesaian yang boleh dipercayai, kos rendah dan lestari dalam sistem rintangan gempa bumi. Ia membawa kepada pembangunan dan penggunaan RTI dalam menyelesaikan kerosakan struktur bangunan bertingkat rendah semasa berlakunya gempa bumi.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Sensor gas | |
dc.subject | Grafin oksida | |
dc.subject | Hidrogen | |
dc.subject | Butana | |
dc.title | Pembangunan sensor gas berasaskan penurunan grafin oksida (rGO) untuk pengesanan gas hidrogen dan butana | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 63 | |
dc.identifier.barcode | 005795(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123828+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.