Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464236
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIskandar Yahya, Dr.-
dc.contributor.authorLee Li Theng (P89043)-
dc.date.accessioned2023-09-26T06:49:37Z-
dc.date.available2023-09-26T06:49:37Z-
dc.date.issued2018-09-26-
dc.identifier.otherukmvital:122179-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464236-
dc.descriptionGrafin dan nanotiub karbon (CNT) adalah antara dua bahan karbon yang menarik perhatian para penyelidik pada masa kini disebabkan oleh sifat-sifat elektronik dan mekanikal yang unik. Walau bagaimanapun, grafin dan CNT sering menghadapi masalah keupayaan kekonduksian elektrik apabila diaplikasikan dalam peranti elektronik. Hal ini disebabkan oleh saiz skala nano grafin dan CNT serta dimensinya yang rendah, iaitu CNT yang 1-dimensi dan grafin yang 2-dimensi. Selain itu, grafin dan CNT juga sering menghadapi masalah timbunan dan gumpalan yang akan menyekat prestasi mereka akibat penurunan keluasan kawasan permukaan spesifik (SSA). Oleh itu, rangkaian penyambungan grafin dan CNT yang dirujuk sebagai struktur hibrid grafin-nanotiub karbon (GCH) telah difabrikasi melalui hibridisasi kedua-dua bahan karbon tersebut dalam projek ini. GCH dijangka dapat mencapai prestasi yang lebih baik berbanding dengan grafin asli dan CNT asli. Pertama, pengiraan telah dilakukan untuk mendapatkan jurang tenaga dan ketumpatan keadaan GCH berdasarkan teori fungsi kepadatan (DFT). Selepas itu, kerja eksperimen telah dijalankan untuk memfabrikasi struktur GCH melalui penyusunan grafin dan CNT yang asli. Seterusnya, pencirian optikal dan elektrikal dilakukan untuk menganalisis prestasi GCH tersebut. Analisis spektroskopi Raman dijalankan untuk mengesahkan kewujudan grafin serta CNT dan mikroskop pengimbasan elektron (SEM) digunakan untuk memeriksa pertaburan grafin dan CNT. Kelebihan utama GCH ialah struktur ini mempunyai keluasan SSA yang tinggi. Walaupun nilai keluasan SSA tidak dapat diukur dengan tepat, analisis mikroskop daya atom (AFM) digunakan untuk mendapatkan nilai kekasaran permukaan. Dari hasil analisis tersebut, GCH menunjukkan kekasaran yang paling tinggi berbanding grafin dan CNT asli. Kawasan yang kasar menunjukkan keluasan SSA yang lebih tinggi. Oleh itu, GCH diandaikan dapat menawarkan keluasan SSA yang lebih tinggi berbanding grafin dan CNT. Pengukuran 3-prob juga dilakukan untuk mengkaji sifat-sifat elektrik GCH. Hasil kajian menunjukkan bahawa GCH mempunyai kekonduksian yang jauh lebih tinggi berbanding dengan grafin dan CNT asli. Pengukuran 4-prob juga dilakukan untuk mendapatkan nilai rintangan lembaran grafin dan GCH. Grafin menunjukkan nilai rintangan lembaran 1024.2 Ω/ sq manakala GCH menunjukkan nilai rintangan lembaran 466.8 Ω/ sq. Rintangan lembaran GCH adalah 54 % lebih rendah daripada grafin. Oleh itu, hal ini menjadikan GCH sebagai suatu bahan potensi untuk dijadikan sebagai elektrod. Grafin dan CNT adalah sangat ringan berbanding dengan bahan tradisional yang digunakan sebagai elektrod seperti Cu. Justeru, hal ini merupakan satu kelebihan yang akan meminimakan berat dan saiz peranti elektronik. Oleh itu, GCH boleh menjadi suatu bahan elektrod baru bagi peranti nanoelektronik yang berpotensi untuk menjanjikan penemuan baru dalam teknologi elektronik.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNanostructured materials-
dc.subjectGraphene-
dc.subjectCarbon nanotubes-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian prinsip pertama dan pencirian struktur hibrid grafin-nanotiub karbon bagi peranti nanoelektronik termaju-
dc.typetheses-
dc.format.pages118-
dc.identifier.callnoTA418.9.N35L425 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode005574(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122179+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.