Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464227
Title: Pembangunan sistem integrasi RFID dan biometrik agi kawalan kemasukan automatik
Authors: Maizura Mohd Sani (P42253)
Supervisor: Salina Abdul Samad, Prof. Dr.
Keywords: Sistem Pengecaman Frekuensi Radio
Biometrik
Radio Frequency Identification
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Jul-2012
Description: Sistem Pengecaman Frekuensi Radio (Radio Frequency Identification-RFID) telah digunakan secara meluas sebagai pengawalan kemasukan automatik bagi sesuatu kawasan yang terhad. Terdapat suatu isu keselamatan menggunakan sistem RFID, iaitu ia tidak dapat mengesahkan pengguna RFID tersebut adalah pengguna yang tulen. Tambahan pula, penggunaan penanda tidak dapat menjamin keselamatan kerana penanda tersebut boleh dicuri atau dipindah milik. Objektif tesis ini adalah membangunkan gabungan antara RFID dan biometrik muka bagi melaksanakan proses pengesahan berganda untuk suatu sistem kawalan kemasukan yang lebih selamat. Sistem kawalan kemasukan ini terdiri daripada komponen-komponen RFID iaitu penanda, pembaca dan antena RFID, bersama dengan sebuah kamera dan perisian biometrik muka. Setiap penanda akan menghantar nombor identiti yang unik yang dimiliki oleh seseorang pengguna dan digunakan untuk merujuk kepada pangkalan data bagi pengguna tersebut. Langkah pertama, sistem ini akan mengesan penanda secara automatik lalu memberi isyarat kepada kamera untuk mengambil gambar imej muka bagi seseorang pengguna. Data ini kemudian diproses untuk membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak kemasukan pengguna tersebut. Menggunakan biometrik muka menjadikan sistem ini serasi dengan konsep tanpa sentuhan RFID. Pengguna hanya perlu berada dalam kawasan yang aktif gelombang radio bagi membolehkan penanda dibaca dan imej muka diambil. Sistem ini adalah automatik sepenuhnya dengan perisian biometrik muka yang mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah modul pengesanan muka yang berasaskan gabungan kaedah rangkaian neural pantas (Fast Neural Networks-FNN) dan klasikal (Classical Neural Networks-CNN). Bahagian kedua terdiri daripada modul pengecaman muka berasaskan pengelas mesin penyokong vektor (Support Vector Machine-SVM) bersama dengan kaedah pembetulan pencahayaan iaitu retineks berbilang skala (Multiscale Retinex-MSR). Sistem yang dicadangkan ini telah diuji dan hasil keputusan yang dicapai untuk kadar pengesanan muka adalah 88.7% dan bagi kadar pengecaman muka ialah 90%. Masa pemprosesan bagi RFID adalah 0.15 saat, manakala bagi proses pengesanan dan pengecaman muka masing-masing adalah 4.23 dan 2.17 saat. Sistem ini telah berjaya mencapai kadar pengecaman keseluruhan sebanyak 93.3%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 108
Call Number: TK6570.I34M335 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119418+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
644.5 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.