Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464226
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzrul Azlan Hamzah, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorHafzaliza Erny Zainal Abidin (P58542)-
dc.date.accessioned2023-09-26T06:49:32Z-
dc.date.available2023-09-26T06:49:32Z-
dc.date.issued2014-07-03-
dc.identifier.otherukmvital:119321-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464226-
dc.descriptionSuperkapasitor telah menarik minat dalam bidang-bidang seperti bioMEMS, bioperubatan implan, peranti kuasa elektronik dan aplikasi kuasa tinggi pada masa kini. Superkapasitor model kecil atau superkapasitor mikro telah menjanjikan keupayaan untuk kuasa peranti elektronik yang kecil. Dalam sistem bioperubatan dan bioMEMS, unit penyimpanan tenaga diperlukan untuk menjana kuasa bagi alat bioperubatan lain yang aktif di dalam sistem. Dalam kajian ini, reka bentuk sesatah dan satah berganda superkapasitor antara digit MEMS telah dimodelkan menggunakan perisian Coventorware ver.2008 melalui proses alat simulator. Struktur superkapasitor antara digit MEMS terdiri daripada Si, SiO2, Ni, Ppy dan lapisan PVA. Struktur sesatah telah dimulakan dengan menetapkan silikon sebagai substrat. 200 nm SiO2 telah diendapan pada lapisan silikon. Struktur antara digit elektrod dicorak menggunakan Ni pada lapisan SiO2. Elektrod Ni telah disalut dengan Ppy untuk mewujudkan lapisan dielektrik. Lapisan PVA diendapan untuk mengisi di antara struktur jari - jari yang berfungsi sebagai pepejal elektrolit. Bagi struktur satah berganda, satu sel superkapasitor satah yang serupa dengan orientasi pantulan dari sel awal telah dibangunkan melalui proses yang sama. Sel pantulan telah direkabentuk supaya elektrod-elektrod berselang seli di antara satu sama lain apabila dua sel diapit bersama-sama. Langkah terakhir dalam melengkapkan struktur satah berganda dengan elektrod terjalin adalah menyepadankan kedua- dua imej pantulan sel antara digit yang serupa. Perisian CoventorWare ver.2008 telah digunakan bagi analisis kapasitans bagi kedua-dua reka bentuk yang telah disimulasi. Bagi kedua-dua reka bentuk sesatah dan satah berganda superkapasitor antara digit MEMS, parameter bagi lebar elektrod, panjang dan sela antara elektrod masing-masing ditetapkan pada 50 μm, 500μm dan 50μm. Selain simulasi kapasitans, pencirian elektrik seperti kitaran voltammetri dan lengkung cas nyahcas bagi reka bentuk sesatah dan satah berganda superkapasitor antara digit MEMS telah disimulasi menggunakan perisian COMSOL ver. 4.2a. Untuk simulasi kitaran voltammetri, beza keupayaan ditetapkan pada julat -0.5V sehingga 0.5V. Adalah diperhatikan bahawa kapasitans meningkat secara linear dengan peningkatan bilangan sel, kepanjangan elektrod antara digit dan lebar elektrod antara digit disebabkan interaksi cas antara sel-sel bersebelahan. Dari keputusan simulasi, ia menunjukkan bahawa rekabentuk sesatah mempunyai kapasiti cas sebanyak 6.77 pc, dan bagi rekabentuk satah berganda mempunyai kapasiti cas sebanyak 15.5 pc. Selain itu, kapasitans tentu bagi rekabentuk sesatah adalah 0.22 mF/cm-2 dan bagi rekabentuk satah berganda adalah sebanyak 0.48 mF/cm-2 manakala bagi kuasa tentu rekabentuk sesatah adalah sebanyak 0.99 mW/cm-2 dan bagi rekabentuk satah berganda adalah 2.18 mW/cm-2. Dari segi lengkung cas nyahcas, dapat diperhatikn voltan berkadar langsung dengan masa. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, struktur satah berganda superkapasitor antara digit MEMS lebih menyerlah berbanding struktur sesatah dari segi kapasitans dan kuasa tentu sekali gus menjadikan ia sesuai menjana kuasa perentak jantung.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPerentak jantung-
dc.subjectSuperkapasitor MEMS-
dc.subjectCardiac pacemakers-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleRekabentuk dan simulasi superkapasitor MEMS antara digit untuk kegunaan perentak jantung-
dc.typetheses-
dc.format.pages101-
dc.identifier.callnoTK7872.C65H336 2014 3 tesis-
dc.identifier.barcode005617(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119321+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
893.87 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.