Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464225
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahbudin Shaari, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Nizam Abdullah (P39399) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T06:49:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T06:49:32Z | - |
dc.date.issued | 2012-01-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:115200 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464225 | - |
dc.description | Campuran empat gelombang (FWM) adalah satu cabang fenomena optik tidak linear yang terjana didalam gentian optik apabila wujud medan optikal tinggi. Ia berkemampuan untuk memberi impak negatif terhadap sistem padat multipleks pembahagian panjang gelombang (DWDM). Walau bagaimanapun, fenomena ini berkeupayaan memberi implikasi positif serta mewujudkan sumber alternatif dalam mewujudkan isyarat-isyarat baru yang dapat dimanipulasikan dan disesuaikan dengan sistem rangkaian telekomunikasi yang sedia ada dan juga masa hadapan. Maka, objektif utama penyelidikan adalah mengkaji penjanaan FWM menerusi gentian kristal optik (PCF) dengan pendekatan gentian gegelung laser (FRL). Walau bagaimanapun, PCF yang digunakan bersifat penglebaran denyut sifar jauh. Ia mempunyai spesifikasi penglebaran denyut sifar pada 1040 nm manakala julat isyarat adalah dalam lingkungan 1550 nm. Oleh itu, satu sistem yang merangkumi FRL yang dikunci dengan beberapa unit gentian parutan Bragg (FBG) serta PCF telah dikombinasikan untuk memangkinkan penjanaan isyarat-isyarat harmonik. Kesesuaian spesifikasi FBG dikenalpasti berdasarkan spektrum keluaran. Deretan eksperimen telah dilakukan untuk menganalisa lebih mendalam akan penjanaan FWM dengan lebih dinamik menerusi pengaruh perbezaan panjang gelombang, perbezaan posisi FBG dalam aturcara penyusunan peralatan dan kebolehan penjanaan fenomena FWM. Satu persamaan telah berjaya diterbitkan berdasarkan Siri Taylor untuk menilai hubungan dinamik FWM dengan lebih teliti. Manakala, pendekatan kedua pula menilai hubungan penjanaan FWM terhadap nilai kuasa isyarat masukan. Ia bertujuan menilai tahap keupayaan kuasa isyarat dalam mempengaruhi penjanaan FWM. Seterusnya, keupayaan penjanaan FWM juga dinilai berdasarkan tiga unit FBG yang dikonfigurasi susunannya kepada enam kombinasi. Kebolehan pertukaran isyarat dan penyeragaman isyarat terjana dalam spektrum turut dikaji. Hasil keputusan eksperimen terhadap penjanaan FWM menunjukkan bahawa daripada perspektif teori dan hasil eksperimen wujud persamaan sebanyak 0.3 % secara purata dengan nilai ketidakpastian 4.9 % pada k=2. Oleh itu, kesan perbezaan panjang gelombang FBG dan pengaruh kuasa masukan kedalam konfigurasi telah memberi impak dalam menjanakan FWM. Secara keseluruhan, pendekatan menerusi PCF pada penglebaran denyut sifar jauh dapat diklasifiksikan satu mekanisme alternatif dalam penjanaan FWM dan berkemampuan untuk dikombinasikan dengan peralatan tertentu bagi menghasilkan fenomena tersebut mengikut aplikasi pada masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Optical fiber communication | - |
dc.subject | Fiber optics | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan kehadiran gentian kristal fotonik ke atas penjanaan campuran empat gelombang | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 145 | - |
dc.identifier.callno | TK5103.592.F52M845 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002545(2012) | - |
dc.identifier.barcode | 004087(2029)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115200+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.