Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464214
Title: Kesan puasa Ramadan ke atas perubahan darjah ketakwaan dan keperibadian positif: satu kajian diari
Authors: Che Sulaila Che Harun (P82940)
Supervisor: Khairul Anwar Mastor, Prof. Dr.
Keywords: Fasting
Fasting -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-May-2019
Description: Puasa Ramadan merupakan tanda kepatuhan dan ketaatan muslim kepada Allah SWT. Puasa juga mampu merungkai persoalan akhlak, akidah dan ibadah manusia. Banyak kajian lepas membuktikan puasa mampu memberi kesan baik kepada kesihatan fisiologi dan psikologi manusia, namun belum ada kajian yang merungkai kesan puasa kepada kejiwaan (spiritual). Terdapat empat permasalahan kajian yang dilihat dalam kajian ini iaitu (1) apakah puasa Ramadan mempengaruhi keperibadian positif?, (2) jika puasa Ramadan mempengaruhi keperibadian positif maka ia pastinya terlebih dahulu mempengaruhi darjah ketakwaan, (3) dengan andaian puasa Ramadan mempengaruhi darjah ketakwaan maka darjah ketakwaan juga dapat mempengaruhi keperibadian positif, dan (4) adakah darjah ketakwaan itu boleh dia anggap sebagai pengantara hubungan antara kualiti puasa Ramadan dan keperibadian positif?. Maka kajian ini penting sebagai pembuktian secara ilmiah impak ibadah puasa kepada pembinaan darjah ketakwaan dan keperibadian positif dalam diri individu dan kelompok masyarakat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan model kesan kualiti puasa Ramadan ke atas darjah ketakwaan dan perubahan keperibadian positif pada fasa yang berbeza. Empat persoalan kajian telah dibina dalam kajian ini. Kajian ini dimulai dengan menganalisis kesan kualiti puasa Ramadan pada peringkat antara individu (between individual) terhadap perubahan keperibadian positif pada peringkat dalam diri individu (within individual) pada fasa yang berbeza. Kemudian, kajian diteruskan lagi dengan melihat kesan kualiti puasa Ramadan terhadap darjah ketakwaan pada peringkat dalam diri individu (within individual) pada fasa yang berbeza. Seterusnya, kajian ini juga menjelaskan kesan darjah ketakwaan terhadap perubahan keperibadian positif pada fasa yang berbeza. Selain itu, kajian turut melakukan pengujian kesan pemboleh ubah pengantara/mediator (darjah ketakwaan) di antara kualiti puasa Ramadan dengan perubahan keperibadian positif pada fasa yang berbeza. Reka bentuk kajian adalah bersifat kuantitatif dengan pungutan data melalui soal selidik berbentuk diari (diary sampling). Seramai 148 orang pelajar dari 7 fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih sebagai sampel akhir kajian melalui kaedah penyaringan sampel diari. Data telah dianalisis menggunakan 2 perisian iaitu perisian Hierarchical Linear Modeling (HLM) versi 7.0 dan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21. Manakala kesahan bagi pemboleh ubah pengantara/mediator (darjah ketakwaan) disahkan dengan menggunakan metode Monte Carlo bootstrapping. Dapatan kajian menunjukkan kesan kualiti puasa fasa 1 memberi kesan yang positif dan signifikan kepada perubahan keperibadian positif pada fasa 2 dan fasa 3. Seterusnya, kesan kualiti puasa fasa 1 juga menunjukkan kesan yang positif dan signifikan kepada perubahan peribadian positif fasa 1 dan fasa 2. Manakala kesan darjah ketawaan fasa 1 dan fasa 2 turut memberi kesan yang positif dan signifikan kepada perubahan keperibadian positif masing-masing pada fasa 2 dan fasa 3. Akhir sekali, dapatan kajian ini telah menghasilkan model kesan kualiti puasa Ramadan pada peringkat antara individu (between individual) ke atas perubahan darjah ketakwaan dan keperibadian positif masing-masing pada peringkat dalam diri individu (within individual) mengikut fasa yang berbeza.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Peradaban Islam
Pages: 162
Call Number: RM226.C484 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118257+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
19.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.