Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464094
Title: Pengaruh tadbir urus korporat terhadap tahap pendedahan sukarela pada syarikat di Bursa Saham Indonesia
Authors: Dina Madinah (P40943)
Supervisor: Romlah Jaffar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Corporate governance -- Indonesia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Mar-2011
Description: Tadbir urus korporat merupakan sistem kawalan yang direkabentuk bagi mengawal serta mengesahkan keputusan pengurus dalam memastikan keefisyenan operasi syarikat bagi kepentingan pemegang saham. Tadbir urus korporat yang baik menyumbang kepada pengurangan kos agensi dan jurang maklumat antara pemegang saham dengan pengurus. Kajian ini mengkaji pengaruh tadbir urus korporat dalam sistem dua lembaga pengarah terhadap tahap pendedahan sukarela oleh syarikat di Indonesia. Kajian ini memfokuskan kepada pengarah komisaris bebas yang memiliki lebih kebebasan untuk mengawasi pengarah eksekutif dalam sistem dua lembaga pengarah di Indonesia. Empat faktor tadbir urus korporat yang dijangka mempunyai pengaruh terhadap tahap pendedahan sukarela adalah (1) Ahli pengarah bebas dalam lembaga pengarah komisaris, (2) ahli keluarga dalam lembaga pengarah komisaris, (3) kualiti juruaudit dan (4) pegangan pengurusan. Namun, ahli keluarga dalam lembaga pengarah komisaris telah dikeluarkan daripada model kajian kerana mempunyai korelasi yang tinggi dengan pengarah komisaris bebas. Sampel kajian terdiri daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Indonesia bagi tahun berakhir 2008. Pengaruh tadbir urus korporat terhadap tahap pendedahan sukarela diuji berdasarkan analisis regresi berganda dengan mengawal pengaruh saiz firma, tahap keuntungan dan tahap keumpilan. Keputusan kajian menunjukan bahawa pengarah komisaris bebas (p=0.1) dan kualiti juruaudit (p=0.05) mempunyai pengaruh positif terhadap tahap pendedahan sukarela. Kajian ini juga mendapati pegangan pengurusan mempunyai pengaruh negatif namun tidak signifikan terhadap tahap pendedahan sukarela. Ini menunjukan pengarah komisaris bebas yang mempunyai lebih kebebasan dalam sistem dua lembaga pengarah dalam syarikat di Indonesia boleh meningkatkan tahap pendedahan sukarela. Kajian ini mencadangkan agar Badan Pengawas Pasar Modal di Indonesia menetapkan bahawa komposisi pengarah komisaris bebas dalam lembaga pengarah komisaris sepatutnya lebih daripada 30%. Pada ketika ini badan tersebut hanya mewajibkan komposisi pengarah komisaris bebas pada tahap 30%. Cadangan ini adalah bagi memperbaiki fungsi dan peranan pengarah komisaris bebas dan dengan itu ia akan meningkatkan tahap pendedahan sukarela serta mengurangkan kos agensi.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 122
Call Number: HD2741.D536 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120877+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
661.42 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.