Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464091
Title: Hubungan antara ciri-ciri jawatankuasa audit dengan kelewatan audit bagi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia
Authors: Sharifah Mohamed Yousoof (ZP00052)
Supervisor: Zakiah Muhammaddun Mohamed, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Audit committees
Issue Date: 29-Feb-2012
Description: Dalam dunia perniagaan, organisasi sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pelabur dan pengguna. Keyakinan tersebut bersandarkan kepada tahap kecekapan dan keberkesanan amalan urustadbir yang meliputi pelbagai aspek seperti pelaporan kewangan, keberkesanan fungsi-fungsi urustadbir dan sebagainya. Antara fungsi urustadbir yang penting adalah mengeluarkan penyata kewangan yang berkualiti. Kelewatan pengeluaran penyata kewangan boleh menjejaskan kualiti penyata tersebut akibat ketidakpastian yang timbul di kalangan pemegang saham dalam pembuatan keputusan. Kelewatan syarikat mengeluarkan penyata kewangan boleh disebabkan kelewatan audit. Jawatankuasa audit yang berperanan memantau pengurusan syarikat dijangka dapat mengurangkan kelewatan audit kerana jawatankuasa ini bertanggungjawab berkerjasama dengan juruaudit luar untuk menghasilkan laporan kewangan yang berkualiti. Namun masih terdapat kekurangan bukti empirikal untuk menyokong hujah ini. Kajian ini meneliti sejauh mana jawatankuasa audit dapat mengurangkan kelewatan audit dan seterusnya meningkatkan kualiti laporan kewangan. Secara khususnya, kajian ini menguji hubungan antara tiga ciri jawatankuasa audit iaitu; kebebasan, kepakaran dan keaktifan dengan kelewatan audit. Dalam kajian ini jenis laporan audit, industri, keumpilan, pulangan terhadap ekuiti, saiz syarikat dan saiz firma audit luar adalah pembolehubah kawalan. Sampel kajian terdiri daripada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dalam tahun 2008. Hasil kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara bilangan mesyuarat jawatankuasa audit dengan kelewatan audit. Kajian ini mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kebebasan atau kepakaran jawatankuasa audit dengan kelewatan audit Hasil kajian menunjukkan jawatankuasa audit mempunyai peranan memantau secara aktif proses audit luaran yang berkait rapat dengan kelewatan audit. Namun, pemantauan ini mungkin perlu disesuaikan mengikut saiz dan industri syarikat serta teguran juruaudit luar itu sendiri sebagaimana digambarkan melalui hubungan signifikan antara pembolehubah kawalan tersebut dengan kelewatan audit. Kajian lanjut untuk mendalami perkara ini perlu dilakukan kerana kajian seperti ini di Malaysia masih terlalu sedikit. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu lembaga pengarah syarikat dalam menggubal dasar tentang keahlian dan pelaksanaan tugas jawatankuasa audit di samping memenuhi keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia dan Kod Tadbirurus Korporat. Pihak pembuat dasar perlu memberi lebih perhatian terhadap syarat aktiviti jawatankuasa audit kerana ianya berkait dengan kualiti pelaporan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 107
Call Number: HF5667.15.S564
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120711+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.