Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464078
Title: Hubungan di antara strategi perniagaan, ketidakpastian persekitaran dan praktis perakaunan pengurusan dengan prestasi hotel di Indonesia: satu kajian kontingensi
Authors: Efi Susanti (P37060)
Supervisor: Rozita Aminuddin, Dr.
Keywords: Management accounting -- Indonesia
Hospitality industry -- Indonesia -- Management
Strategic planning
Accounting -- Environmental aspects
Strategic planning -- Hotels
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Oct-2010
Description: Kajian ini menyelidiki padanan antara faktor kontingen dan praktis perakaunan pengurusan dan impak padanan tersebut keatas prestasi hotel di Indonesia. Faktor kontingen yang dikaji adalah strategi perniagaan dan ketidakpastian persekitaran. Kedua-dua faktor kontingen sesuai dengan keadaan persekitaran perniagaan perhotelan di Indonesia yang kompetitif serta mempunyai unsur ketidak pastian tinggi ekoran daripada ancaman bencana alam dan ketidakstabilan negara yang boleh menjejaskan aktiviti perlancongan. Faktor-faktor ini secara individu dikaji dengan praktis perakaunan pengurusan kontemporari dan tradisional. Data dikutip daripada 65 orang pengurus hotel mengunakan instrument soal selidik. Responden adalah hotel bintang 3 hingga bintang 5 dan kebanyakkan tertumpu di daerah Bali, Jakarta dan Yogyakarta. Analisi faktor menunjukkan strategi perniagaan terdiri daripada dua komponen iaitu strategi pembezaan dan strategi kepimpinan kos. Hipotesis kajian diuji dengan pendekatan padanan pilihan menggunakan analisis korelasi dan pendekatan interaksi menggunakan analisis regresi pemoderat. Hasil pengujian didapati bahawa strategi pembezaan mempunyai kesepadanan dengan praktis perakaunan pengurusan kontemporari, dan strategi kepimpinan kos dengan praktis perakaunan pengurusan tradisional, yang mana secara individu keduanya memberi kesan keatas prestasi hotel. Sedangkan, ketidakpastian persekitaran tidak mempunyai kesepadanan dengan praktis perakaunan pengurusan kontemporari dan tidak memberi kesan keatas prestasi hotel. Penemuan kajian mendapati penggunaan teknik-teknik perakaunan pengurusan mestilah seiringan dengan keutamaan strategik dalam strategi perniagaan. Pihak pengurusan hotel pula menunjukkan sikap konservatif dalam pengelakan risiko apabila menghadapi ketidakpastian persekitaran yang tinggi, yang mana cenderung menggunakan praktis perakaunan pengurusan tradisional yang berfokus kepada pengurangan kos.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Perakaunan
Pages: 123
Call Number: HF5657.4.E36 2010 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114620+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.