Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464073
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAminuddin Bin Basir, Dr.
dc.contributor.authorNor Nazimi binti Mohd Mustaffa (P52831)
dc.date.accessioned2023-09-26T03:08:55Z-
dc.date.available2023-09-26T03:08:55Z-
dc.date.issued2013-03-13
dc.identifier.otherukmvital:74721
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464073-
dc.descriptionKajian ini dilakukan bagi mengenalpasti apakah hati (qalb) menjadi punca yang dominan kepada pembentukan tingkah laku manusia. Kajian ini menfokuskan kepada perbahasan al-Quran dan hadith Nabi s.a.w berkenaan dimensi peranan hati dalam menentukan dan membentuk tingkah laku manusia. Ia juga dijalankan bagi mengenalpasti kategori-kategori tingkah laku manusia yang dibahaskan di dalam kedua-dua sumber tersebut serta untuk mengenalpasti apakah punca kepada manusia bertingkah laku. Kajian ini dilakukan dengan mengambil ayat-ayat al-Quran dan hadith yang mempunyai perkataan qalb sebagai sampel kajian. Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith tersebut, sifat-sifat hati, pengaruh dan punca tingkah laku dan hati bersifat sedemikian dapat dikeluarkan. Sebanyak 100 ayat al-Quran digunakan sebagai sampel dan hadith pula sebanyak 100 sampel digunakan. Setelah ayat al-Quran dan hadith dikumpul, sampel-sampel tersebut dikenal pasti sama ada membawa maksud yang sama ataupun tidak. Bagi sampel yang membawa maksud yang sama hanya diambil salah satu daripadanya sahaja. Ini kerana di dalam al-Quran dan hadith terdapat banyak ayat-ayat dan hadith-hadith yang sama berulang. Ayat-ayat al-Quran yang mempunyai perkataan qalb dapat dikenalpasti dengan menggunakan mucjam al-Quran manakala hadith-hadith pula dikenalpasti dengan menggunakan maktabah syamilah. Bagi melihat perbahasan dan perbincangan sifat-sifat hati yang telah dikenalpasti daripada sampel-sampel tersebut kitab-kitab tafsir al-Quran digunakan manakala bagi hadith pula kitab-kitab syarah hadith digunakan. Analisis sampel-sampel ayat al-Quran dan hadith tersebut dibahagikan kepada sifat hati, tingkah laku yang terhasil, punca tingkah laku dan kesan daripada tingkah laku tersebut. Hasil daripada kajian ini menjelaskan bahawa hati mempunyai pengaruh yang dominan dalam membentuk tingkah laku manusia. Hasil analisis kajian ini menunjukkan terdapat empat dimensi hati dalam membentuk tingkah laku manusia iaitu hati sebagai tempat sifat, hati sebagai penggerak anggota, hati penerima pengaruh luar dan hati sebagai pelaku. Daripada empat dimensi hati ini, lima dimensi tingkah laku manusia dapat dikenalpasti iaitu tingkah laku hubungan manusia dengan Allah, tingkah laku iman atau ilmu, tingkah laku taat, tingkah laku ingkar dan tingkah laku dari segi emosi atau perasaan manusia.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.rightsUKM
dc.subjectKerohanian
dc.subjectAl-Quran dan hadith
dc.subjectAl-qalb (hati)
dc.titleIstilah kerohanian dalam al-quran dan hadith ; kajian terhadap pengaruh al-qalb (hati) dalam membentuk tingkah laku manusia
dc.typetheses
dc.format.pages241
dc.identifier.barcode000376
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74721+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.