Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464070
Title: Hubungan penyertaan belanjawan, pengetahuan pengurusan kos dan gaya kepimpinan ke atas prestasi pengurus
Authors: Izni Fauzan binti Zulkifly (ZP 00549)
Supervisor: Ruhanita Maelah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hubungan
Belanjawan
Pengetahuan
Pengurusan kos
Kepimpinan
Prestasi pengurus
Executive ability
Issue Date: 18-Apr-2014
Description: Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan ke atas hubungan penyertaan belanjawan, pengetahuan pengurusan kos dan gaya kepimpinan terhadap prestasi pengurus. Dua jenis gaya kepimpinan yang digunakan di dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan pertimbangan dan gaya kepimpinan penekanan struktur. Teori prestasi kerja diambil sebagai teori yang mendasari kajian. Ia terdiri daripada tiga dimensi dan setiap dimensi diwakili oleh pembolehubah yang terdiri daripada penyertaan belanjawan untuk dimensi kesanggupan, pengetahuan pengurusan kos untuk dimensi kapasiti dan gaya kepimpinan untuk dimensi peluang. Pengedaran soal selidik secara langsung dengan menggunakan khidmat enumerator digunakan dan responden terdiri daripada 156 orang pengurus di 17 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia yang terlibat di dalam Program Transformasi GLC. Dengan menggunakan analisis regresi berganda, hasil kajian mendapati bahawa keempat-empat hipotesis disokong iaitu hubungan satu hala bagi setiap pemboleubah dengan prestasi pengurus serta hubungan di antara penyertaan belanjawan, pengetahuan pengurusan kos dan gaya kepimpinan pertimbangan ke atas prestasi pengurus. Hasil kajian menyokong teori prestasi kerja secara keseluruhan apabila interaksi ketiga-tiga dimensi di antara satu sama lain didapati meningkatkan prestasi kerja pengurus.,Master/Sarjana
Pages: 169
Call Number: HD38.2.I996 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74378+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.