Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464000
Title: Perlindungan pesakit di bawah Undang-Undang Insurans Kesihatan BPJS di Indonesia
Authors: Firdaus (P85061)
Supervisor: Anisah Che Ngah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Medical care
Issue Date: 22-Dec-2017
Description: BPJS Kesihatan adalah Insurans Kesihatan Nasional yang di wajibkan oleh pemerintah kepada seluruh masyarakat Indonesia bertujuan untuk memastikan setiap orang memperolehi perkhidmatan kesihatan. Ia di lancarkan pada tahun 2014 menggunakan Undang-Undang No 24 Tahun 2011. Objektif pertama kajian ini adalah untuk menganalisis perlindungan pesakit di bawah Undang-Undang tersebut sementara objektif kedua ialah mengenal pasti cabaran dari aspek pelaksanaan, pengurusan, pengawasan Insitusi BPJS Kesihatan. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggunakan metodologi analisis kualitatif yang berfokus kepada data primer iaitu Undang-Undang No 24 Tahun 2011 tentang BPJS, disamping polisi pemerintah dan prosedur BPJS. Dapatan daripada kajian menunjukkan terdapat kelebihan dan kekurangan dalam sistem BPJS Kesihatan, seperti bukan semua penduduk terlibat menjadi peserta dan kualiti perkhidmatan kesihatan yang berbeza di antara provinsi di Indonesia. Di akhir kajian, pengkaji mengesyorkan beberapa cadangan dari aspek undang-undang dan juga prosedur pelaksanaan untuk memantapkan sistem BPJS Kesihatan yang sedia ada, supaya ia dapat melindungi semua pesakit secara berkesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 117
Call Number: C57 .FIR 2017 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123082+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.