Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463989
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ramalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Tan Chun Ming (P85475) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T02:39:53Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T02:39:53Z | - |
dc.date.issued | 2020-09-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:122717 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463989 | - |
dc.description | Seksyen 44 Akta Keterangan 1950 merupakan pengecualian kepada prinsip common law estopel res judicata kerana peruntukan tersebut mengenakan syarat-syarat pengetepian suatu penghakiman, dekri atau perintah yang diperoleh. Walau bagaimanapun, seksyen ini mempunyai kekaburan dan lakuna dari segi skop dan pemakaiannya. Pertamanya, seksyen 44 mengandungi istilah-istilah seperti fraud, pakatan sulit dan ketidakwibawaan mahkamah, namun istilah-istilah tersebut tidak ditafsirkan dalam Akta Keterangan 1950. Keduanya, seksyen 44 tidak memperuntukan tahap pembuktian bagi kes-kes yang melibatkan fraud. Ketiga, mod permulaan prosiding bagi mencabar suatu penghakiman menurut seksyen 44 tidak jelas. Keempat, mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk mencabar penghakiman menurut seksyen 44 tidak jelas. Kelima, sama ada prosiding untuk mencabar perlu dibuat di mahkamah yang sama ataupun berbeza juga tidak jelas. Dengan itu, penyelidikan ini menggariskan 3 objektif untuk dicapai dan pengembangan dari situ, iaitu untuk: (i) mengenal pasti skop dan pemakaian seksyen 44; (ii) menganalisis isu-isu dan masalah-masalah yang timbul dari segi skop dan pemakaian; dan (iii) mencadangkan penambahbaikan yang boleh diambil untuk memantapkan pemakaian seksyen 44. Bagi mencapai objektif ini, penyelidikan menggunakan pendekatan kualitatif bersifat analisis kandungan. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan merujuk peruntukan yang pari materia di England, India dan Singapura. Pemakaian istilah fraud, pakatan sulit dan ketidakwibawaan mahkamah di Malaysia tidak mempunyai tafsiran yang jelas kerana terdapat statut dan kes yang berbeza mendefinisikan istilah secara berbeza. Tahap pembuktian bagi kes yang melibatkan fraud juga tidak jelas apabila melibatkan fraud terhadap mahkamah. Malah, cara memulakan prosiding bagi mencabar penghakiman mengikut seksyen 44 masih kabur. Tambahan pula, di Malaysia, tindakan mencabar perlu dibuat di mahkamah yang berbeza dengan mahkamah asal. Oleh itu, penyelidikan mencadangkan agar undang-undang disatukan untuk membentuk panduan yang jelas. Sebagai kesimpulan, penyelidikan mencadangkan agar penjelasan dan misalan berkaitan dimasukkan dalam seksyen 44 untuk menjelaskan pemakaiannya.,Sarjana Undang-Undang | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Civil procedure -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Skop dan pemakaian Seksyen 44 Akta Keterangan 1950 | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 171 | |
dc.identifier.callno | C11.TAN 2020 2 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122717+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.