Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463969
Title: Tuntutan sivil bagi pendakwaan berniat jahat : analisis undang-undang di Malaysia
Authors: Nurhasmanita Abdul Manap (P91400)
Supervisor: Rohani Abdul Rahim, Dr.
Keywords: Civil procedure -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Sep-2019
Description: Tindakan pendakwaan berniat jahat adalah sebahagian daripada common law England dan sistem perundangan Malaysia. Di Malaysia, kes-kes yang difailkan oleh Plaintif (iaitu tertuduh dalam prosiding pendakwaan jenayah terdahulu) boleh dianggap sebagai kesulitan yang tidak diduga atau bahaya tersembunyi bagi sistem keadilan negara, sekaligus menggambarkan peranan negatif pihak pendakwaan. Objektif kajian ini ialah untuk (i) mengenal pasti maksud dan pengertian “pendakwaan berniat jahat” di bawah undang-undang Malaysia; (ii) menganalisis kategori tuntutan sivil bagi pendakwaan berniat jahat di Malaysia; (iii) menganalisis faktor-faktor penyumbang yang berpotensi membawa kepada tuntutan sivil berasaskan pendakwaan berniat jahat di Malaysia; (iv) menganalisis pendekatan mahkamah dalam mengimbangi hak individu dan prinsip kekebalan pendakwaan dalam tuntutan sivil berasaskan pendakwaan berniat jahat; dan (v) mengenal pasti pendekatan yang boleh diambil bagi mengelakkan berlakunya tuntutan pendakwaan berniat jahat sekaligus membendung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa pendakwaan di Malaysia. Kajian ini menganalisis undang-undang Malaysia berkenaan kausa tindakan pendakwaan berniat jahat. Kajian ini menggunakan metod kualitatif berbentuk kajian perundangan menggunakan sumber primer melalui temubual dengan informan-informan yang berkaitan dengan objektif kajian serta sumber sekunder seperti artikel, buku, laporan, sumber atas talian dan kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah. Setelah menganalisis bahan-bahan tersebut, kajian ini mendapati faktor-faktor penyumbang yang berpotensi membawa kepada tuntutan sivil berasaskan pendakwaan berniat jahat di Malaysia adalah (i) dasar pendakwaan berkaitan sesuatu jenayah; (ii) isu etika pihak pendakwa semasa proses pendakwaan – mereka/ memalsukan/ menyembunyikan bahan bukti; (iii) peningkatan aspirasi hak asasi manusia; dan (iv) pengaruh persekitaran. Kajian ini juga mendapati Mahkamah sememangnya melaksanakan peranannya dalam mengimbangi hak individu untuk tuntutan sivil bagi pendakwaan berniat jahat serta prinsip kekebalan pendakwaan. Akhirnya, kajian ini mencadangkan pendekatan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak bagi mengelakkan berlakunya tuntutan berasaskan pendakwaan berniat jahat, sekaligus membendung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa pendakwaan di Malaysia.,Sarjana Undang-Undang
Pages: 165
Call Number: C11.NUR 2019 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119758+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
896.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119758+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.